Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27
Anda menemui artikel ini, jadi sudah pasti anda salah seorang calon yang terpanggil ke temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27. Terlebih dahulu, tahniah kami ucapkan. Ini tentunya salah satu daripada rangka persediaan anda untuk menghadapi hari temuduga. Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara. Di samping selalu berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.

Sedikit imbasan, anda sebagai calon temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27 pasti sedia maklum bahawasanya calon yang akan dilantik ke jawatan ini akan ditempatkan di Jabatan Perikanan Malaysia.

Sebelum membaca lebih jauh, ingin kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap orang atau calon adalah unik. Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang akan disoal dengan pertanyaan yang serupa 100%. Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada. Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon yang berada di bilik temuduga lebih daripada 15 minit manakala yang lain pula kurang daripada 5 minit!

Jadi adalah suatu perkara yang mustahil untuk kami mampu kongsikan apakah soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan tepat. Perkara itu hanya Tuhan yang maha Esa saja yang tahu. Baik. Dengan perkara itu anda sudah faham, maka kita teruskan. Berikut merupakan tujuh tips panduan temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27:

1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Perikanan G27. Kenapa? Jarang-jarang sekali calon tidak diajukan dengan soalan popular ini. Jadi sediakan diri anda dengan jawapan yang paling bagus anda boleh perolehi.

2. Satu lagi soalan bonus daripada panel penemuduga ialah meminta anda memperkenalkan diri. Kenapa bonus? Belum pernah temuduga dijalankan tanpa soalan ini. InsyaAllah inilah soalan jarang tidak diajukan. Sediakanlah skrip jawapan yang baik dan hafal.

Tips: Terangkan serba sedikit berkenaan anda dan latar belakang keluarga. Apa yang lebih menarik minat panel ialah latar belakang pendidikan anda. Tekankan lebih mengenai pengalaman kerja anda (jika ada).

3. Berikut kami senaraikan beberapa soalan lazim lain yang berkemungkinan akan ditanya. InsyaAllah. Cari jawapannya dan hafal dengan baik:

a) Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia sekarang?

b) Jabatan Perikanan berada di bawah kementerian mana?

c) Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?

d) Namakan timbalan kepada beliau?

e) Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?

f) Apakah tugas Jabatan Perikanan Malaysia?

g) Sebutkan motto Jabatan Perikanan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Perikanan Malaysia?

h) Boleh sebutkan Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia dalam pengurusan perikanan?

i) Jabatan Perikanan Malaysia sebagai sebuah institusi bertanggungjawab dalam pengurusan perikanan di Malaysia menjalankan kuasanya di bawah beberapa akta dan peraturan, sila sebutkan beberapa akta, peraturan atau perintah yang awak tahu.

j) Apa itu MUTIARA dan nyatakan objektif utama MUTIARA?

k) Apakah yang awak faham tentang Pematuhan Peraturan Keselamatan Makanan?

Tips tambahan: Jangan terhad mencari maklumat setakat untuk mencari jawapan soalan (a)-(k) saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perikanan G27.

4. Adakalanya, panel akan mengajukan soalan jenis provokasi misalnya - 'kelayakan awak tidak cukup bagus untuk jawatan ini'.

Tips: Soalan jenis ini memerangkap paling ramai calon. Jangan cepat melenting dan jangan cepat membuat andaian. Juga jangan terlalu cepat mengalah dan menjadi kurang bermotivasi. Boleh jadi panel ingin melihat sejauh mana kematangan anda dalam menghadapi situasi menekan. Sila kawal ekspresi muka anda dengan baik, ukir senyuman dan jawablah dengan yakin.

5. Tidak terkecuali, ada masanya panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau boleh sahaja sengaja mengajak berborak. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel ialah - 'Siapa menang bola semalam ya?'. Tergamam kita jadinya. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa dalam dan luar negara

b) Perkembangan sukan

c) Isu hangat yang sedang diperkatakan

6. Selain apa yang disenaraikan di atas, satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Siapa tahu temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27 ini barangkali melibatkan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris. Anda pun tahu undang-undangnya, panel penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dengan Bahasa Melayu yang amat baik, panel penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dengan Bahasa Inggeris yang fasih. Jadi, mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!

7. Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema jawapan:


Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon. Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga Penolong Pegawai Perikanan G27 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!