Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29
Anda menemui artikel ini sudah pasti kerana anda adalah salah seorang calon yang terpanggil ke temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29. Awal pertemuan, tahniah kami ucapkan. Ini tentunya salah satu daripada rangka usaha anda untuk bersedia menghadapi hari temuduga. Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara. Di samping selalu berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini. Oleh itu, kami kuat mencadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di atas supaya anda tidak ketinggalan setiap kali ada update terkini.

Sedikit imbasan, anda sebagai calon temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29 pasti sedia maklum bahawasanya calon yang akan dilantik ke jawatan ini akan ditempatkan di Jabatan Peguam Negara.

Sebelum membaca lebih lanjut, ingin kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap orang atau calon adalah unik. Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang akan disoal dengan pertanyaan yang serupa 100%. Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada. Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon yang berada di bilik temuduga lebih daripada 15 minit manakala yang lain pula kurang daripada 5 minit!

Jadi adalah suatu perkara yang mustahil untuk kami mampu kongsikan apakah soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan tepat. Perkara itu hanya Tuhan yang maha Esa saja yang tahu. Baik. Dengan perkara itu anda sudah faham, maka kita teruskan. Berikut merupakan sembilan tips panduan temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29:

1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Undang-Undang L29. Kenapa? Jarang-jarang sekali calon tidak diajukan dengan soalan popular ini. Jadi sediakan diri anda dengan jawapan yang paling baik anda boleh perolehi.

2. Satu lagi soalan bonus daripada panel penemuduga ialah meminta anda memperkenalkan diri. Kenapa bonus? Belum pernah temuduga dijalankan tanpa soalan ini. InsyaAllah inilah soalan jarang tidak diajukan. Sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas anda boleh buat dan hafal. Hanya bentuk soalannya sahaja yang dioleh dengan cara yang berbeza oleh panel yang berlainan. Misalnya, ada pznel yang bertanya seperti ini - 'Beritahu kami nama, no kad pengenalan, mak abah asal daripada mana, alamat semasa, tahun bila awak ambil SPM dan juga keputusan bagi setiap subjek yang awak ambil?'. Huh.. memang jenuh la nak jawab panjang lebar macam tu kan.

3. Bersiap sedia juga dengan soalan berkaitan pengalaman kerja. Ini biasanya menjadi keutamaan panel kerana ia melibatkan kebolehan anda melakukan kerja kelak apabila dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29. Boleh jadi soalannya berbunyi - 'Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat' atau 'Apa yang sedang awak lakukan sekarang'.

Tips: Untuk soalan jenis ini, penekanan harus anda berikan kepada tugas-tugas yang anda lakukan. Senaraikan semua tugas dari penting-penting sehingga yang remeh-temeh.

4. Berikut kami senaraikan beberapa soalan lazim lain yang berkemungkinan akan ditanya dalam temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29. InsyaAllah. Carilah jawapannya dan hafal dengan baik:

a) Siapakah Peguam Negara sekarang?

b) Namakan timbalan kepada beliau?

c) Nyatakan peranan dan tanggungjawab Jabatan Penguam Negara?

d) Boleh berikan beberapa fungsi Jabatan Penguam Negara?

e) Sebutkan motto Jabatan Penguam Negara Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penguam Negara Malaysia?

Tips tambahan: Jangan terhad mencari maklumat setakat untuk mencari jawapan soalan (a)-(e) saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.

5. Adakalanya, panel akan mengajukan soalan jenis provokasi misalnya - 'kami rasa awak kurang sesuai untuk jawatan ini'.

Tips: Soalan jenis ini memerangkap paling ramai calon. Jangan cepat melenting dan jangan cepat membuat andaian. Juga jangan terlalu cepat mengalah dan menjadi kurang bermotivasi. Boleh jadi panel ingin melihat sejauh mana kematangan anda dalam menghadapi situasi menekan. Siapkan diri dengan soalan jenis ini. Seperti biasa, sediakan skrip jawapan yang baik dan hafal. Lebih baik menjangkakan perkara buruk dan kita sudah pun bersiap sedia.

6. Tidak terkecuali, ada masanya panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel ialah - 'Siapa menang bola semalam ya?'. Kelu kita jadinya. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa dalam dan luar negara

b) Perkembangan sukan

c) Isu hangat yang sedang heboh diperkatakan

Tips: Sekiranya soalan politik diajukan adalah mengenai sokongan anda kepada pihak mana, katakan saja - 'saya menyokong kerajaan sedia ada'.
7. Sediakan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan berbentuk teknikal yang melibatkan tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29 seperti berikut:

a) Perlembagaan Persekutuan: Hak Asasi, National Council For Local Government dan Perkhidmatan Awam.

b) Undang-Undang Kerajaan Tempatan:  Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974, Semua Undang-Undang Kecil di bawah akta kerajaan tempatan dan akta jalan, parit dan bangunan, dan  Semua Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan.

c)  Undang-Undang Umum: Undang-Undang Had Masa dan Pentafsiran.

d)  Pendakwaan / Mahkamah: Penelitian Kertas Siasatan, Penyediaan Pertuduhan dan Pengurusan Pendakwaan (sebelum pendakwaan).

e) Sivil: Perlaksanaan penghakiman, jualan lelongan awam dan penyitaan dan Tindakan oleh dan terhadap Pihak-pihak Terlibat Dalam Sivil.

8. Selain itu, satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Kami hampir pasti temuduga untuk jawatan sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ini melibatkan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris. Anda pun tahu undang-undangnya, panel penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dengan Bahasa Melayu yang amat baik, panel penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dengan Bahasa Inggeris yang fasih. Jadi, mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!

9. Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema jawapan:


Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon. Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!