Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27

Panduan Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27
Panduan Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27.

Temuduga adalah suatu proses terakhir, dimana pihak SPA sendiri yang mengambil tempat untuk menjalankannya. Temuduga diadakan bertujuan utama untuk menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di sektor tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat peperiksaan dan penilaian kompetensi. Di antara kriteria yang akan diberi fokus termasuklah sahsiah dan minat terhadap jawatan, kelayakan akademik bersesuaian, keterampilan dan keserasian dengan bidang tugas yang diperlukan. Seusai urusan temuduga, calon terbaik di kalangan calon berkualiti akan diperakukan untuk lantikan sebagai salah seorang pegawai ideal yang terpilih.

Saya percaya anda yang menemui artikel ini adalah daripada kalangan calon yang terpanggil ke sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred W27. Barangkali anda juga sudah tahu benar yang calon dipanggil ke sesi temuduga pada tahun ini adalah seramai 5,857 orang! Manakala jumlah kekosongan jawatan hanyalah sebanyak 30 tempat sahaja. Jadi temuduga Penolong Penguasa Kastam W27 ini bukanlah sesi yang anda boleh main-main dengannya.

Berikut diterangkan secara ringkas tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan sebelum menghadirkan diri ke sesi temuduga ini:

TINDAKAN PERTAMA

Baca dan fahami kandungan surat panggilan temuduga, buat salinan fotokopi dokumen-dokumen diperlukan, dapatkan pengesahan bagi setiap salinan dokumen daripada pihak yang sepatutnya, susun dokumen dan salinan mengikut susunan yang betul di dalam fail holder, simpan di tempat yang selamat dan akhir sekali sediakan resume yang menarik hati penemuduga.

TINDAKAN KEDUA

Kenali dan fahami jawatan yang anda mohon termasuk tugas, jabatan, tangga gaji, sejarah jabatan, misi, visi dan lan-lain. Seterusnya, adakah anda minat dengan jawatan Penolong Penguasa Kastam W27? Sekirnya anda memang tidak meminati jawatan ini, elok jangan pergi temuduga kerana walaupun anda berjaya masalah akan timbul ketika anda bekerja kelak. Akhir sekali, buat perancangan anda kerana sebarang kerja yang dibuat tanpa perancangan terlebih awal berkesudahan dengan kegagalan. Misalnya, untuk perancangan ke temuduga Penolong Penguasa Kastam W27 anda perlu mengambilkira 3 perkara utama:

1. Masa yang tinggal sebelum hati temuduga,
2. Tindakan-tindakan penting yang perlu didahulukan, dan
3. Sumber informasi yang perlu diperolehi.

TINDAKAN KETIGA

Langkah yang perlu anda ambil dalam tindakan ketiga ini adalah mandatori. Ia amat-amat penting sebagai persediaan ke temuduga Penolong Penguasa Kastam W27. Pertama, jadikan diri orang yang berpengetahuan dengan membaca akhbar, menonton berita, bertanya dan melayari Internet. Kedua, kenali dan fahami diri sendiri apakah anda seorang pendiam, pendai berkomunikasi, bercita-cita tinggi, pandai berlakon, jujur atau berfikiran positif. Kenali diri anda dan perbaiki kelemahan yang ada. Ketiga, ketahui soalan-soalan yang berkemungkinan disoal dengan mengetahui dan memahami bidang kerja Penolong Kastam W27, peka terhadap isu semasa, menambah pengetahuan am dan rajin bertanya kepada mereka yang ada pengalaman ditemduga. Keempat, tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan membaca buku basic grammar, english newspaper, menonton english movie dan lain-lain teknik. Sebagai teknik berkesan tambahan, disyorkan eBook panduan Kuasai Bahasa Inggeris dengan mudah dan efektif. Kelima, amatlh penting bagi calon yang bakal menduduki temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred W27 untuk menguruskan nota-nota dengan kemas dan teratur. Jangan sampai kelam-kabut dan jangan sampai tunggang-langgang mencari nota yang diperlukan apabila ia benar-benar diperlukan. Lima cara menulis nota yang efektif boleh dirujuk dalam panduan lengkap temuduga ini.

TINDAKAN KEEMPAT

Setelah kesemua tindakan di atas anda buat, apa pula kini? Pertama, belajar jadi pelakon yang baik. Tahukah anda dengan membuat ujian/lakonan temuduga akan membantu dalam persediaan menjadi lebih rapi dan bersusun? Kedua, jaga keselamatan dan kesihatan diri diri. Ini penting, kalau anda sakit bagaimana untuk menghadiri sesi temuduga. Setakat artikel ini ditulis, SPA belum ada ura-ura untuk menjalankan temuduga secara online! Ketiga, ketahui dimana lokasi temuduga anda kerana kita tidak mahu anda sampai sejam lewat daripada waktu temuduga anda. Kalau anda bercadang menaiki kenderaan, anda perlu membuat kajian tahap kesibukan, tempat letak dan laluan yang akan anda lalui nanti.

Demikian serba sedikit Panduan Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27 yang sempat dikongsikan kali ini. Jika anda ingin menyediakan diri dengan lebih baik dan lengkap lagi, kami cadangkan anda mendapatkan panduan temuduga SPA lengkap melalui pautan di bawah:


Akhir sekali, kami doakan kejayaan anda dalam sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam W27. Terlebih dahulu kami ucapkan selamat bertugas sebagai tuan / puan Penolong Penguasa Kastam W27!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!