Pengambilan Pelajar Baru (IKBN) Institut Kemahiran Belia Negara Sesi Januari 2015 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Pengambilan Pelajar Baru (IKBN) Institut Kemahiran Belia Negara Sesi Januari 2015

Pengambilan Pelajar Baru (IKBN) Sesi Januari 2015
Pengambilan Pelajar Baru IKBN Sesi Januari 2015.

Tarikh tutup: 31 Oktober 2014.

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada permulaannya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat asal IKBN adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada sekitar 1990-an, program latihan IKBN diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.

Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan sudah memiliki sebanyak 15 pusat IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Pembinaan pusat-pusat IKBN ini membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan pelbagai bidang kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada ketika ini mempelawa warganegara Malaysia yang berusia 18 - 30 tahun yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran peringkat sijil (SKM /DKM /DLKM) tahap 1 - 5 di IKBN untuk membuat permohonan anda.

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi pautan yang dikongsikan di bawah:


b) Sebelum mengemukakan permohonan anda, sila pastikan anda melepasi kesemua kelayakan yang diperlukan. Sila semak di pautan berikut:


c) Senarai kursus yang ditawarkan bagi lepasan SPM / SKM / setaraf boleh disemak melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

3 comments:

  1. Selain permohonan januari 2015,bulan berapa pula akan dibuka permohonan? Saya dah terlepas tarikh memohon

    ReplyDelete
  2. berapa lama eh , kalkalau kita nak melepasi semua tahap pegi ker diploma?

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum.saya ingin bertanya.Bulan bilakah saya boleh dapatkan borang walk in untuk kemasukan sesi2016

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!