Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Peperiksaan Online Ulangan Penguasa Kastam W41 10 September

Peperiksaan Online Ulangan Penguasa Kastam W41
Seperti yang anda sedia maklum, daripada maklum balas yang diterima oleh pihak SPA, didapati timbul bermacam isu ketika peperiksaan online Penguasa Kastam yang dijalankan pada 06 September lepas.

Ekoran daripada itu, pihak SPA menerima banyak aduan berkaitan perkara tersebut dan telah mengambil langkah proaktif. Akhirnya, pada 08 September SPA telah mengadakan Mesyuarat Bil. 31/2014 (2681) dan memutuskan untuk mengadakan semula peperiksaan online ulangan kepada calon yang menghadapi masalah teknikal.

Untuk makluman anda, peperiksaan online ulangan ini akan diadakan pada 10 September 2014 bersamaan dengan hari Rabu. Bermula jam 8.00 malam hingga 10.55 malam.

Tan Sri Mahmood Adam turut memohon maaf kepada semua calon yang terlibat dan menggesa mereka untuk menghantar aduan kepada pihak SPA. Justeru, sekiranya anda turut mengalami masalah serupa dan ingin menduduki semula peperiksaan ini, kami galakkan anda membuat aduan kepada pihak SPA selewat-lewatnya pada 10 September 2014 jam 12.00 tengahari (esok).

Penting: Hanya calon yang membuat aduan sahaja yang akan dibenarkan SPA menduduki semula peperiksaan ulangan ini!

Sila kemukakan aduan anda melalui pautan berikut:


Jika terdapat kemusykilan lain berhubung perkara ini, sila bertanya terus kepada Urusetia Bahagian Peperiksaan melalui talian-talian yang disediakan di bawah:

03-8880 6468
03-8880 6405
03-8885 6347
03-8885 6303
03-8885 6344

Pengumuman rasmi berkenaan peperiksaan ulangan Penguasa Kastam ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:


Setelah anda selesai membuat aduan, nantikan emel panggilan untuk menduduki peperiksaan online ulangan. Biasanya dalam tempoh 12-24 jam sebelum peperiksaan bermula. Sentiasa alert dengan emel anda.

------------

Satu lagi berita baik!

Oleh kerana calon terlibat mempunyai masa sehingga esok untuk study, Pihak InfoKerjaya Resources telah membuka semula jualan Contoh Soalan dan Rujukan Penguasa Kastam W41 sehingga malam ini, 9 September 2014 sahaja (11.59PM Tamat).

Kepada anda yang terlepas jualan rujukan peperiksaan Penguasa Kastam W41 pada 06 September lepas. Peluang dibuka sekali lagi. Rebutlah peluang kedua ini!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!