Temuduga Terbuka TUDM 2014 (Zon Utara) - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka TUDM 2014 (Zon Utara)

Temuduga Terbuka TUDM
Temuduga Terbuka TUDM 2014 (Zon Utara).

Tarikh temuduga: 22 - 24 September 2014.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memulakan sejarahnya apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958. Semasa ditubuhkan TUDM dikenali sebagai TUDP atau “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.

Sebagai turus angkatan yang masih muda dan belum berpengalaman, tugasan awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang sedang mengancam keamanan negara. Dengan tertubuhnya Persukutuan Malaysia pada 16 September 1963, nama TUDP telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa menghadirkan diri ke lokasi seperti berikut:

JMC GOPENG - 22 SEPT 2014
(JobsMalaysia Centre (JMC) RTC Gopeng, Blok C 92 & 93, Pusat Tranformasi Luar Bandar, KM 16, Jalan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak)

JMC KEDAH - 23 SEPT 2014
(JobsMalaysia Centre (JMC) Kedah, 4-9 UTC, Tingkat 4, Bangunan UTC, Kompleks MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah)

JMC GORGETOWN - 24 SEPT 2014
(JobsMalaysia Centre (JMC) Georgetown, Jabatan Perhubungan Perusahaan P.Pinang, Tingkat Bawah, Bangunan Lembaga Buruh Pelabuhan, Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang)

Cara memohon:

a) Sila dapatkan borang PENDAFTARAN di laman sesawang di bawah (sila penuhkan bahagian 1 dan 2 sahaja):


b) kepada yang berminat dan layak boleh hadir ke tapak pameran beserta dokumen ASAL dan SALINAN

- Gambar Ukuran Pasport
- Kad pengenalan Calon
- Kad pengenalan ibubapa (salinan)
- Sijil SPM
- Sijil lahir
- Sampul surat Expres saiz A4
- Berpakaian kasual

c) Iklan asal temuduga terbuka TUDM Zon Utara ini boleh dibaca melalui pautan berikut:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!