Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA

Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA

Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA | Kami menerima banyak permintaan agar menulis sebuah tutorial atau tunjuk cara bagaimana untuk menduduki peperiksaan online.

Rakyat Malaysia secara umum sudah mengetahui bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bertanggungjawab dalam urusan pengiklanan, penapisan dan pelantikan anggota baru ke dalam perkhidmatan awam kini mengambil inisiatif menjalankan peperiksaan secara atas talian.

Pengelolaan peperiksaan secara online adalah salah satu langkah menyambut kempen berjimat-cermat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Jadi, di sini kami akan menunjukkan cara-cara menduduki peperiksaan online SPA dengan betul.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Untuk mengelakkan anda daripada keliru,  sila ingat : cara penulisan tutorial di bawah ialah gambar dahulu, kemudian penerangan.

Gambar (atas), penerangan (bawah).


Langkah 01:

Pastikan anda dipanggil menduduki peperiksaan online terlebih dahulu. Biasanya SPA akan menghantarkan panggilan menduduki peperiksaan melalui emel. Di dalam emel tersebut mengandungi butiran seperti:

- Nama Peperiksaan bagi jawatan yang anda dipanggil,
- No. Angka Giliran,
- pautan ke laman peperiksaan online SPA,
- Tarikh Peperiksaan online diadakan,
- Seksyen A, B dan C (jika ada)
- Serta masa mula dan masa tamat peperiksaan online bagi setiap seksyen.


Langkah 02:

Apabila tarikh peperiksaan online tiba, buka pautan (link) yang diberikan SPA di dalam emel panggilan. Anda terlebih dahulu dikehendaki Log Masuk ke dalam sistem peperiksaan online dengan memasukkan Id Pengguna. Apa Id Pengguna anda? Sudah tentu No. Kad Pengenalan. Masukkan No. Kad Pengenalan anda tanpa tanda sengkang (-).


Langkah 03:

Seterusnya, masukkan Katalaluan. Apa Katalaluan anda? Katalaluan anda ialah No. Angka Giliran yang anda perolehi daripada emel panggilan yang dihantarkan oleh pihak SPA.


Langkah 04:

Selesai memasukkan Id Pengguna dan Katalalauan dalam Langkah 2 dan 3 di atas, klik butang 'Login'.


Langkah 05:

Anda akan dibawa ke muka laman seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Di sini, anda akan dikehendaki memilih sama ada mengambil peperiksaan online dari Malaysia atau luar Malaysia. Jika anda mengambil peperiksaan online SPA dari dalam negara, sila tanda (tick) 'Malaysia'.


Langkah 06:

Kemudian, pilih dari negeri mana anda menduduki peperiksaan online itu.


Langkah 07:

Setelah selesai mengisi maklumat di Langkah 5 dan 6, klik butang 'Hantar'.


Langkah 08:

Anda akan dibawa ke muka laman seperti di atas jika anda masuk beberapa minit lebih awal daripada jadual peperiksaan. Jangan buat apa-apa atau klik apa-apa. Tunggu sahaja.


Langkah 09:

Secara automatik, laman di atas pula akan terpapar. Biasanya, Seksyen A yang akan dipaparkan dahulu. Di sini, anda sudah mula menjawab soalan.


Langkah 10:

Kita kenali dahulu makna warna-warna yang ada di dalam sistem peperiksaan online SPA ini:

Warna putih - soalan BELUM dilihat
Warna merah - soalan SEDANG dijawab
Warna hijau - soalan TELAH dijawab
Warna kuning - soalan sudah dilihat TAPI belum dijawab

Warna-warna ini akan memudahkan anda menyemak soalan-soalan ketika peperiksaan online SPA sedang berlangsung.


Langkah 11:

Apabila masa tamat, secara automatik satu tetingkap kecil akan terpapar. Anda perlu klik butang 'OK'. Jadi pastikan anda menjawab kesemua soalan sebelum masa peperiksaan tamat. Pastikan kesemua soalan sudah berwarna hijau.


Langkah 12:

Selepas butang 'OK' diklik, laman di atas akan terpapar. Biarkan sahaja.


Langkah 13:

Tidak lama kemudian, paparkan seperti d atas pula akan menyusul. Ini akan berterusan selama 15 minit (kebiasaanya). Ini ialah waktu rehat anda. Bolehlah ke bilik air, minum, berehat, mengulangkaji atau sebagainya. Pastikan anda kembali semula ke depan komputer sebelum 15 minit tamat kerana Seksyen B akan dipaparkan sebentar lagi!

Beberapa peringatan penting:

#1. Anda boleh mengambil peperiksaan online ini dimana saja termasuk di rumah, pejabat, taman, kafe siber atau lain-lain. TAPI pastikan kawasan di mana anda berada mempunyai talian Internet yang baik dan laju atau 'line clear' semasa menduduki peperiksaan ini.

#2. Jangan sekali-kali Log Keluar atau menekan butang 'Keluar Sistem' di sebelah atas kanan laman peperiksaan ini jika peperiksaan online SPA masih berlangsung.

#3. Jangan refresh browser anda sesuka hati.

#4. Pada selang waktu rehat (lebih kurang 15 minit itu) sebelum seksyen seterusnya dipaparkan, anda boleh berehat atau buat apa saja. TAPI pastikan komputer tidak dimatikan / 'shut down' atau tidak berada dalam keadaan 'sleep' atau 'hibernate'. Pastikan juga talian internet tidak terputus / terganggu.

#5. Pastikan lokasi dimana anda mengambil peperiksaan online ini terhindar daripada sebarang gangguan seperti kebisingan, anak-anak, tempat laluan, cuaca hujan, cuaca panas, terlalu berangin dan lan-lain.

#6. Anda dipanggil ke exam online Pegawai Eksekutif Gred 41 (LHDN) pada 20 September 2017 ini? Baca rujukan lengkap di sini, sebelum duduk exam tu!

---

P/s: Kami harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda, sila kongsikan dengan rakan melalui Facebook, Twitter, Google Plus atau lain-lain saluran.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!