2 Jawatan Kosong (MPSJ) Majlis Perbandaran Subang Jaya Bulan Oktober 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong (MPSJ) Majlis Perbandaran Subang Jaya Bulan Oktober 2014

Jawatan Kosong (MPSJ) Majlis Perbandaran Subang Jaya
Jawatan Kosong (MPSJ) Majlis Perbandaran Subang Jaya Oktober 2014.

Tarikh tutup: 08 Oktober 2014.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ditubuhkan mengikut dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui No Warta Kerajaan Negeri Selangor: 26 bertarikh 2 Januari 1997 selepas status pelaksanaan peningkatan dari Majlis Daerah Petaling.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan di MPSJ seperti diiklankan berikut:


01. Penolong Pegawai Tadbir (Guru Taska) N27
02. Pemandu Kenderaan (Lori & Bas) H11

Cara memohon:
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Kaunter Informasi Aras 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya atau boleh didapati melalui www.mpsj.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.

ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.

iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).

iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).

v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).

vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Iklan penuh jawatan kosong MPSJ ini dan borang permohonan boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!