5 Jawatan Kosong (MPT) Majlis Perbandaran Taiping Bulan November 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

5 Jawatan Kosong (MPT) Majlis Perbandaran Taiping Bulan November 2014

Jawatan Kosong (MPT) Majlis Perbandaran Taiping
Jawatan Kosong (MPT) Majlis Perbandaran Taiping November 2014.

Tarikh tutup: 07 November 2014.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah ditubuhkan pada sekitar 01 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini Majlis Perbandaran Taiping dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar berhampiran.



Pada dasarnya, bidang tugas Majlis Perbandaran Taiping memfokuskan perancangan dalam mencorakkan pembangunan masa depan kawasan Majlis Perbandaran Taiping dan memberikan perkhidmatan perbandaran utuk memenuhi keperluan asas semasa penduduk di kawasan Majlis. Bagi mencapai hasrat ini, Majlis Perbandaran Taiping telah menetapkan misinya iaitu menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Taiping sebagai kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamik.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Taiping (MPT) seperti diiklankan di bawah:

01. Penolong Jurutera (elektrik) – Gred Ja29
02. Penolong Akauntan – Gred W27
03. Penolong Pegawai Tadbir – Gred N27
04. Pembantu Kesihatan Awam – Gred U17
05. Pembantu Penilaian – Gred W17

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Bayaran, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (www.mptaiping.gov.my). Borang permohonan yang dimuat turun hendaklah disertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.

b) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil / Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat berukuran 10”x 15” beralamat sendiri dan setem RM2.00.

c) Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah sampai kepada :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
Perak.

d) Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Perbadaran Taiping boleh dibaca semula melalui iklan asalnya di pautan di bawah:

>> Iklan jawatan kosong Majlis Perbadaran Taiping 2014

d) Borang jawatan kosong Majlis Perbadaran Taiping boleh dimuaturun melalui pautan di bawah:

>> Borang jawatan kosong Majlis Perbadaran Taiping 2014

-----

Tahniah jika anda dipanggil ke exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41! Dapatkan 40 Nota Padat, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST & GTP melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!