Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


9 Jawatan Kosong (MBMB) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Bulan Oktober 2014

Jawatan Kosong (MBMB) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Jawatan Kosong (MBMB) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Oktober 2014.

Tarikh tutup: 31 Oktober 2014.

Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, diharapkan MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya.

Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHTJ ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala kawasan pentadbiran baru MBMB pula bertambah sebanyak 30.86 km persegi. Keluasan kawasan MBMB kini menjadi 277 km persegi.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di (MBMB) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti diiklankan di bawah:

01. Akauntan (W41)
02. Juruteknik Komputer (FT17)
03. Pembantu Akauntan (W17)
04. Pembantu Penguatkuasa (N17)
05. Pembantu Penilaian (W17)
06. Pembantu Tadbir (N17)
07. Penolong Arkitek Landskap (J29)
08. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29)
09. Penolong Pegawai Pertanian (G27)

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah mengunakan Borang Perjawatan yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan mengambilnya sendiri atau secara pos (dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem) dengan bayaran RM1.00. Anda juga boleh memuaturun borang melalui pautan berikut:

>> Borang permohonan MBMB

b) Borang yang telah diisi hendaklah di kemukakan kepada:

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH,
GRAHA MAKMUR,
NO. 1, JLN. TUN ABDUL RAZAK-AYER KEROH,
HANG TUAH JAYA,
75450 MELAKA

c) Permohonan secara online juga boleh dibuat dengan menggunakan pautan di bawah:

>> Sistem permohonan online MBMB

d) Iklan asal jawatan kosong MBMB ini boleh dicapai semula melalui pautan di bawah:

>> Iklan MBMB 2014

-----

Tahniah jika anda dipanggil ke exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41! Dapatkan 40 Nota Padat, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST & GTP melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!