Jawatan Kosong IKIM Bulan Oktober 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong IKIM Bulan Oktober 2014

Jawatan Kosong (IKIM) Institut Kefahaman Islam Malaysia
Jawatan Kosong (IKIM) Institut Kefahaman Islam Malaysia Oktober 2014.

Tarikh tutup: 15 Oktober 2014.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah ditubuhkan pada 18 Februari 1992. Penubuhan ini dibuat di bawah Akta Syarikat 1965, untuk menggalakkan kefahaman yang jelas tentang Islam melalui pelbagai program dan aktiviti seperti seminar, bengkel, perundingan, latihan dan penerbitan. IKIM telah dilancarkan pada 3 Julai 1992 oleh The YB Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Dalam mempromosikan pemahaman tentang Islam pada skala global, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyediakan persekitaran yang terbuka dan percuma untuk semua orang untuk menyuarakan pendapat dalam menangani isu-isu yang berkaitan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seperti yang diiklankan di bawah:

01. Pembantu Tadbir Gred N17

Cara memohon:

a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap ('resume' mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan).

b) Kesemua perkara di atas hendaklah dihantarkan ke alamat:

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Khidmat Pengurusan)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

c) Iklan asal jawatan kosong ini boleh dibaca semula dengan mengikuti pautan yang disenaraikan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!