Jawatan Kosong (MSNS) Majlis Sukan Negeri Selangor Bulan November 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (MSNS) Majlis Sukan Negeri Selangor Bulan November 2014

Jawatan Kosong (MSNS) Majlis Sukan Negeri Selangor
Jawatan Kosong (MSNS) Majlis Sukan Negeri Selangor November 2014.

Tarikh tutup: 17 November 2014.

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah ditubuhkan di bawah Akta 29 Jadual Kedua, Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan ditadbir oleh kakitangan yang dipinjamkan dari jabatan–jabatan Kerajaan Negeri dan mendapat geran tetap daripada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Sukan Negeri Selangor telah terus berkembang dan pada tahun 1986 Majlis telah menyusun semua perjawatannya dengan menambah bilangan kakitangannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSNS Bil. 3/91 bertarikh 27hb Ogos 1991 yang di pengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu telah bersetuju supaya Majlis Sukan Negeri Selangor ditadbir secara swasta atau diswastakan dengan tiada geran atau peruntukan tetap Kerajaan Negeri Selangor tetapi menjana pendapatan melalui beberapa projek penswastaan.

MSNS Holdings Sendirian Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan telah mula beroperasi pada tahun 1995 sebagai satu cabang pelaburan Majlis Sukan Negeri Selangor.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) seperti diiklankan di bawah:

01. Jurulatih Sepenuh Masa

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan disertakan dengan Surat Permohonan Jawatan dan 'Resume' yang lengkap.

b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikemukakan kepada Pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti perenggan (c) di bawah.

c) Permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar ukuran passport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan ke alamat:

Majlis Sukan Negeri Selangor
D/A : Carlton Holiday Hotel & Suites
No. 1, Aras 3,
Persiaran Akuatik 13/43
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

d) Iklan asal jawatan kosong Majlis Sukan Negeri Selangor ini boleh dibaca semula melalui pautan di bawah:


e) Mana kala borang jawatan kosong Majlis Sukan Negeri Selangor pula boleh dimuaturun melalui pautan di bawah:


-------------

P/s: Khas untuk calon yang terlibat dengan sesi temuduga Penguasa Kastam Gred W41 pada 07/10/2014 hingga 27/10/2014 ni. Dapatkan panduan temuduga lengkap di sini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!