Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak Bulan November 2014

Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak
Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak November 2014.

Tarikh tutup: 12 November 2014.

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Februari 1973. Penubuhan PPPNP ini rentetan mesyuarat antara YAB Dato ‘ Seri Haji Kamaruddin bin Hj. Mohd Isa (Ketua Menteri pada masa itu) dengan Ahli Mesyuarat Negeri (Exco). Matlamat utama dalam Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak pada masa ini adalah untuk menghasilkan pembangunan perindustrian dan pertanian dengan membuka ladang-ladang secara besar-besaran dan menggerakkan badan Perniagaan, perusahaan dan pembangunan pertanian mestilah dijalankan untuk memastikan Syarikat boleh membekalkan bahan-bahan makanan yang mencukupi.

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang berminat, berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan kosong yang diiklankan di bawah:

01. Polis Bantuan (Lelaki / Wanita)

Cara memohon:

a) Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis ATAU di e-mail kan dengan menyertakan 'resume' yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
Emel: hradmin@pppnp.gov.my

b) Kelayakan diperlukan untuk jawatan kosong di atas boleh dibaca melalui pautan yang disertakan di bawah:


c) Perhatian: Hanya calon-calon yang terpilih dan disenaraipendek sahaja akan dihubungi semula untuk ditemuduga.

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!