Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong (PKPS) Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Bulan Oktober 2014

Jawatan Kosong PKPS
Jawatan Kosong (PKPS) Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Oktober 2014.

Tarikh tutup: 27 Oktober 2014.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah ditubuhkan pada 02 Januari 1972 di bawah enakmen N0.12 tahun 1972 (Pindaan 1981). Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mula melaksanakan aktivitinya pada 01 Mac 1973. Sebagai salah sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah diberikan peranan untuk memajukan industri pertanian bagi membantu mempercepatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor.

Berlandaskan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sedang mengerakkan industri tani kepada gagasan yang lebih komersial, canggih dan global. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sedang mengubah haluan  dalam industri pertanian agar seiring dengan kepesanan ekonomi moden dan berteknologi tinggi selaras dengan pencapaian Negeri Selangor sebagai Negeri Maju pada 2005.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen tinggi untuk berkhidmat di PKPS untuk mengisi jawatan kosong yang diiklankan seperti butiran di bawah:

01. Pegawai Keselamatan

Cara memohon:

a) Calon yang berminat adalah dikehendaki menghantarkan surat permohonan dan 'resume' lengkap ke alamat emel:

--> admin@pkps.gov.my

atau..

Bahagian Sumber Manusia dan Latihan
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
Tingkat 10-11, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran
Seksyen 14
40675 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

b) Sila sertakan semua dokumen pengenalan diri dan sijil akademik yang telah disahkan. Sertakan juga dua keping gambar ukuran pasport.

c) Iklan asal jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor boleh dibaca melalui pautan yang disertakan di bawah:


-------------

P/s: Khas untuk calon yang dipanggil ke sesi temuduga Penguasa Kastam Gred W41 pada 07/10/2014 - 27/10/2014 ni. Dapatkan panduan temuduga lengkap di sini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!