Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam Di Malaysia - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam Di Malaysia

Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam Di Malaysia
Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam Di Malaysia.

Dalam sistem perkhidmatan awam Malaysia, empat kategori pembahagian utama digunakan yakni:

- Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
- Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I,
- Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II,
- Kumpulan Perkhidmatan Sokongan III.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan ialah Ijazah Sarjana Muda. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 41 dan ke atas. Pada masa ini, terdapat 91 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini. Contoh jawatan: Akauntan Gred W41, Pegawai Penerangan S41 dan lain-lain.

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan iaitu Diploma atau STPM. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 27 hingga 38 sahaja. Pada masa ini, terdapat 79 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini. Contoh jawatan: Penolong Akauntan Gred W27, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan lain-lain.

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan ialah SPM. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 17 hingga 26 sahaja. Pada masa ini, terdapat 80 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini. Contoh jawatan: Pembantu Akauntan Gred W17, Jururteknik Komputer FT17 dan lain-lain.

Kumpulan Perkhidmatan Sokongan III pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan adalah PMR. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 1 hingga 16 sahaja. Pada masa ini, terdapat 32 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini. Contoh jawatan: Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pemandu Kenderaan R3 dan lain-lain.

Jenis Skim Perkhidmatan di dalam sektor awam biasanya boleh dikenali melalui huruf besar awalan pada gred. Misalnya, jawatan yang dikelaskan ke dalam skim perkhidmatan 'teknologi maklumat' bermula dengan huruf 'F'. Untuk lebih jelas, skim jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41, skim jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan Juruteknik Komputer FT17.

Berikut senarai skim-skim perkhidmatan yang diwujudkan di dalam sektor awam:

A - Pengangkutan
B - Bakat dan Seni
C - Sains
D - Pendidikan
E - Ekonomi
F - Teknologi Maklumat
G - Pertanian
J - Kejuruteraan
K - Keselamatan
L - Perundangan
M - Tadbir dan Diplomatik
N - Tadbir dan Sokongan
P - Pencegahan
Q - Penyelidik
S - Sosial
U - Perubatan dan Kesihatan
W - Kewangan
X - Maritim

-----

Tahniah jika anda dipanggil ke exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41! Dapatkan 40 Nota Padat, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST & GTP melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!