2 Jawatan Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia Bulan Disember 2014 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia Bulan Disember 2014

Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jawatan Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia Disember 2014.

Tarikh tutup: Terbuka.

LLM atau nama penuhnya - Lembaga Lebuhraya Malaysia, merupakan sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 di bawah Akta 231 (Perbadanan 1980). (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia diwujudkan bertujuan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, operasi dan penyenggaraan lebuhraya antara bandar untuk mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan lain-lain tugas dan tanggungjawab yang sudah dimaktubkan.

Antara objektif penubuhan (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia sebenarnya adalah untuk merancang, mereka bentuk, membangunkan, mengurus dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya yang moden dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk menyediakan sistem pengangkutan yang cepat, selamat dan cekap. Di samping meningkatkan kemahiran dan kepakaran pekerja melalui latihan yang disediakan di semua cabang pembangunan lebuhraya dan penyelenggaraan.

Pemohonan adalah dipelawa daripada seluruh Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:

01. Pegawai Tadbir (gred N41)
02. Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) (gred N17)

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman sesawang (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia.

b) Iklan asal jawatan kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia ini boleh dibaca melalui pautan yang berikut:


c) Walau bagaimana  pun, sila baca dengan teliti syarat dan keperluan lain yang dikenakan pihak LLM melalui portal rasmi mereka di pautan berikut:

>> Syarat dan kelayakan diperlukan

d) Alamat penuh ibupejabat LLM adalah seperti berikut:

IBU PEJABAT
Lembaga Lebuhraya Malaysia,
Wisma Lebuhraya,
KM-6, Jalan Serdang – Kajang,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-87383000 / 87373000 (10 talian)
Fax: 603-87373555
Email: aduan@llm.gov.my



P/s: Khas untuk calon yang dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada 08/12/2014 ni. Dapatkan panduan temuduga lengkap di sini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!