Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2269 Jawatan Kosong SPA Bulan Januari 2015

Jawatan Kosong SPA Bulan Disember 2014
Jawatan Kosong SPA Januari 2015.

Tarikh tutup: 11 Januari 2015.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah ditubuhkan pada tanggal 31 Ogos 1957. Penubuhan SPAbertepatan dengan hari yang sama dengan hari bersejarah (hari kemerdekaan Semenanjung Malaysia daripada pemerintahan regim British). Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu sendiri telah memulakan sebuah sejarah pemerintahan negara yang tertinggi dan bebas yang baru dalam kepimpinan Persekutuan Semenanjung Melayu. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan mengikut perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Antara lain, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

SPA mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri: Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Inovatif, Taat Setia kepada organisasi, Berfikiran terbuka dan sedia membantu. Dalam bulan ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia bagi jawatan yang disenaraikan di bawah:

01. Perangkawan Gred E41 (Jabatan Perangkaan Malaysia) 10 Kekosongan
02. Pegawai Imigresen Gred KP17 (Jabatan Imigresen Malaysia) 175 Kekosongan
03. Pembantu Laut Gred A17 (Jabatan Taman Laut Malaysia) 11 Kekosongan
04. Latihan Separa Perubatan Pertaraf Diploma (Kementerian Kesihatan Malaysia) 1 767 kekosongan
05. Pemandu Kendereaan Gred H11 (Kementerian Kesihatan Malaysia) 100 kekosongan
06. Latihan Separa Perubatan Pertaraf Sijil (Kementerian Kesihatan Malaysia) 206 kekosongan

Cara memohon:

a) Harus diingat, polisi SPA ialah - Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

b) Iklan asal pengambilan SPA untuk jawatan kosong sebagai Pembantu Penguatkuasa Gred N17 ini boleh dibaca melalui pautan berikut:

>> Iklan Jawatan kosong SPA Januari 2015

c) Permohonan hendaklah melalui portal SPA menggunakan Borang SPA8i, sila akses dengan mengikuti pautan berikut:

>> Akses Borang SPA8i



Tahniah, jika anda dipanggil ke temuduga SPA! Tapi tahukah anda, tahun ini setakat September 2014 ada lebih 1 JUTA permohonan diterima oleh SPA! So, how to stand out of 1++ Million applicant have been selected by SPA? Hargai peluang ini dan buat persediaan yang paling rapi untuk hadir temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!