Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong (INSTUN) Institut Tanah dan Ukur Negara Bulan Januari 2015

Jawatan Kosong Institut Tanah dan Ukur Negara
Jawatan Kosong (INSTUN) Institut Tanah dan Ukur Negara Januari 2015.

Tarikh tutup: 10 Januari 2015.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah ditubuhkan pada 01 Mei 1998. Penubuhan ini adalah berikutan arahan daripada Jemaah Menteri pada 09 Julai 1997. Pada ketika itu, Institut Tanah dan Ukur Negara terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK). Dengan tertubuhnya Institut Tanah dan Ukur Negara, maka tugas melatih yang duhulunya dijalankan oleh Seksyen Latihan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JJKPTG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dikendalikan sepenuhnya oleh INSTUN.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan berintegriti tinggi untuk mengisi kekosongan seperti di bawah:

01. Penolong Jurutera Gred JA29
02. Juruteknik Gred J17
03. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Cara memohon:

a) Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Laman Web INSTUN atau boleh didapati di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia INSTUN.

b) Setiap Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil berhenti sekolah dan salinan sijil kelulusan serta resume. Salinan dokumen-dokumen yang berkenaan hendaklah dicetak di atas kerta saiz A4 dan diakui sah sama ada oleh Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan ahaja), Penghulu atau Pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

c) ) Maklumat terperinci mengenai jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan di bawah:



d) Calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Tarikh : 20 & 21 Januari 2015 (Selasa & Rabu)
Masa : 8.00 – 8.15 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Bilik mesyuarat Melur, Aras 4, Wisma INSTUN



Sudahkah anda bersedia sekiranya terpanggil ke temuduga INSTUN? Hargai peluang ini dan buat persediaan yang paling rapi untuk hadir temuduga tersebut melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!