Contoh Soalan Exam Pegawai Psikologi Gred S41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Contoh Soalan Exam Pegawai Psikologi Gred S41

pegawai psikologi S41
Pengenalan

Salam hormat dan salam persahabatan kepada semua pembaca setia Blog Tips Kerjaya. Selaras dengan tujuan asal blog ini dibina yakni menjadi salah satu daripada blog rujukan kerjaya yang paling dinamik, bermanfaat dan utama di Malaysia. Maka pada kali ini, kami akan berkongsikan contoh soalan dan jawapan peperiksaan untuk jawatan Pegawai Psikologi Gred 41.

Sebagaimana yang sudah dimaklumkan di portal rasmi SPA Malaysia, satu peperiksaan akan diadakan pada hari Rabu nanti yakni pada 25 Mac 2015 di seluruh negara. Peperiksaan ini adalah untuk menapis calon-calon yang layak untuk dipertimbangkan sebagai Pegawai Psikologi Gred S41.

Justeru itu, permintaan untuk mendapatkan panduan Peperiksaan Pegawai Psikologi Gred S41 ini juga semakin tinggi berikutan statistik calon yang gagal adalah 90% tanpa persediaan yang mantap. Hal ini kerana tujuan peperiksaan ini diadakan adalah untuk menyingkirkan calon yang terlalu ramai memohon.

Peperiksaan Pegawai Psikologi S41

Peperiksaan Pegawai Psikologi S41 sesi tahun ini merupakan salah satu daripada peperiksaan SPA yang bertahap tinggi dan sukar. Ini kerana ia memiliki tahap penilaian berbeza untuk menguji calon terbabit. Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat mustahak berkenaan exam ini dalam perkongsian kali ini.

Kedudukan Pegawai Psikologi S41

Jawatan sebagai Pegawai Psikologi S41 merupakan jawatan yang terletak di bawah kumpulan pengurusan dan profesional. Penjawat Pegawai Psikologi S41 akan ditempatkan dipelbagai kementerian dan jabatan kerajaan bergantung kepada kekosongan dan ambilan yang dibuat oleh pihak SPA.

Tugas Pegawai Psikologi S41

Secara am, seorang Pegawai Psikologi S41 adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti berkaitan:

- bidang psikologi
- psikologi klinikal
- kaunseling kepada klien

Untuk menyandang jawatan sebagai Pegawai Psikologi S41, seseorang perlulah terlebih dahulu menduduki dan lulus peperiksaan yang diisyaratkan. Andai lulus, barulah calon berkenaan ke peringkat seterusnya yakni temuduga. Walau begitu, respon yang diterma menunjukkan kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama iaitu gagal menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan di dalam exam Pegawai Psikologi S41.

Format Soalan Pegawai Psikologi S41

Aneka faktor yang dikatakan menjadi penyumbang kepada kegagalan calon dalam peperiksaan ini. Paling kerap dikesan ialah ketidaktahuan format peperiksaan dan ketidakpastian jenis soalan yang dikemukakan di dalam peperiksaan ini.

Pada kali ini, kami akan kongsikan contoh soalan exam Pegawai Psikologi S41. Contoh ini boleh dikatakan terkini kerana ia diperolehi daripada exam yang lepas. Untuk pengetahuan anda, contoh soalan ini diambil daripada Nota Khas yang terkandung di dalam pakej lengkap rujukan Pegawai Psikologi S41.

Ujian Psikometrik

Berdasarkan info terbaru yang dikeluarkan SPA, pada tahun ini peperiksaan Pegawai Psikologi S41 akan diadakan secara online dan pastinya ia menyatukan calon daripada pelbagai jurusan. Exam Pegawai Psikologi S41 kali ini masih lagi mengekalkan format terdahulu cuma dengan tambahan seksyen baharu iaitu Ujian Psikometrik. Apa pula Ujian Psikometrik ni? Lebih kurang seperti penaksiran personaliti calon dan kalau anda perasan Seksyen ini adalah bagi menggantikan Seksyen Esei sebelum ini.

Tujuan Ujian Psikometrik diperkenalkan adalah untuk mengukur personaliti dan sahsiah seseorang sebelum layak dipanggil ke sesi temuduga. Ia disusun berdasarkan set soalan yang jelas, teratur dan munasabah. Seksyen ini mempunyai format tetap dan ditarafkan mengikut keperluan. Seksyen ini tidak sepatutnya menjadi masalah bagi calon yang memang mempunyai kelayakan dalam bidang psikologi. Skop soalan untuk seksyen ini ialah:

- Kemahiran berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi

Kandungan Pakej Rujukan Pegawai Psikologi S41

InsyaAllah semua yang terkandung di dalam pakej ini merupakan ilmu dan maklumat yang 'benar' kerana ia datang daripada pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan lepas.

Berikut adalah kandungan yang disertakan di dalam pakej ini:

- Contoh soalan khas Pegawai Psikologi S41
- Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab
- Huraian terperinci setiap seksyen
- Contoh soalan dan jawapan untuk ulangkaji pantas
- Dan banyak lagi..

Dapatkan pakej lengkap ini melalui pautan berikut:

>> Pakej Lengkap Rujukan Pegawai Psikologi S41

Penafian: Panduan yang diedarkan oleh pihak kami tiada kena mengena dengan pihak SPA. Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon-calon membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Soalan yang disertakan dalam panduan tersebut hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan peperiksaan Pegawai Psikologi S41.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!