Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


11 Kerja Kosong IMU Education Sdn Bhd April 2016

Kerja Kosong IMU Education Sdn Bhd April 2016
Kerja Kosong IMU Education Sdn Bhd April 2016

Tarikh tutup permohonan: 03 April - 29 April 2016

IMU adalah universiti perubatan dan kesihatan swasta pertama yang ditubuhkan di Malaysia dengan pengalaman lebih 24 tahun dalam pengkhususan pendidikan kesihatan. IMU juga mempunyai penarafan Tier-5 dalam penilaian SETARA Universiti Malaysia dan Kolej-Universiti yang dianugerahkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). IMU adalah sebuah universiti yang sememangnya pakar dalam bidang perubatan, sains kesihatan dan program perubatan sampingan yang bermaksud bahawa semua sumber-sumber dan pakar adalah daripada golongan yang cemerlang dan berjaya dalam bidang ini. 

Terdapat lima buah sekolah di Fakulti Perubatan dan Kesihatan.IMU menawarkan peluang mendapatkan pendidikan sama ada di peringkat pra-universiti, ijazah pertama, sarjana, doktor falsafah serta perogram pembelajaran berterusan dalam bidang penjagaan kesihatan. Selain itu IMU juga menjalinkan rangkaian global bersama-sama lebih 29 buah institusi pendidikan tinggi baik di dalam negara mahupun di luar negara antaranya Australia, New Zealand, Kanada, Amerika Syarikat, Ireland, China dan Britain. Kolaborasi ini kebanyakkannya meliputi program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di IMU. Ini dapat membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menimba ilmu di luar Malaysia melalui pertukaran kredit dan program berkembar.

IMU juga merupakan perintis integrasi antara Penyelidikan dan Penjagaan Kesihatan dengan Pendidikan. Pelajar mendapat pendedahan awal kepada projek penyelidikan serta berinteraksi dengan Institut IMU yang ditubuhkan bagi Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI). Selama bertahun-tahun IMU juga telah mewujudkan perkongsian dengan hospital terkemuka di negara ini untuk membolehkan kakitangan dan pelajar untuk merasai kehidupan sebenar dan pengalaman  klinikal yang berterusan dan meluas. Ia juga mengendalikan klinik swasta persendirian, IMU Healthcare, di bidang seperti Pergigian, Kiropraktik dan Perubatan Cina untuk memastikan integrasi dengan amalan sebenar dengan pendidikan. Kini IMU membuka kekosongan kerja terkini seperti berikut:

01. Dental Surgery Assistant
02. Clinic Assistant
03. Secretary to Human Resource Director
04. Staff Nurse
05. Executive Recruitment
06. IT Infrastructure Network Engineer
07. Staff Nurse (Lokasi: Seremban)
08. Senior Executive, International Office
09. Executive Database Management (IT Support)
10. Staff Nurse - Clinical Skills & Simulation Centre
11. Application Support Analyst

Cara memohon:

a) Permohonan kerja kosong IMU Education Sdn Bhd ini adalah dengan menggunakan kaedah atas talian / online sahaja, melalui portal kerjaya jobstreet.

b) Pemohon kali pertama bagi kerja kosong IMU Education Sdn Bhd melalui portal kerjaya itu adalah dikehendaki mendaftarkan akaun permohonan terlebih dahulu. Manakala pemohon sedia ada boleh terus log masuk (login) untuk meneruskan permohonan.

c) Sila klik pautan kerja kosong IMU Education Sdn Bhd di atas untuk melihat bidang tugas serta kelayakan diperlukan, dan seterusnya memulakan proses permohonan online anda.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicant that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!