Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Kerja Kosong (MPM) Majlis Peperiksaan Malaysia April 2016

Kerja Kosong (MPM) Majlis Peperiksaan Malaysia April 2016
Kerja Kosong (MPM) Majlis Peperiksaan Malaysia April 2016

Tarikh tutup permohonan: 20 April 2016.

(MPM) Majlis Peperiksaan Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta 225 Majlis Peperiksaan Malaysia pada 1 Februari 1980. MPM ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif penubuhan MPM ialah untuk mengelolakan peperiksaan tertentu dan perkara yang berkaitan dengan peperiksaan tersebut. Sebagai contoh, peperiksaan yang diwartakan iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mula dilaksanakan pada 1982 bagi menggantikan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikelolakan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).

Sejak di tubuhkan, bidang penguasaan dan tugas MPM diperluaskan. Kemudian, MPM juga bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan Malaysia University English Test (MUET). Selain itu MPM juga diberi tanggungjawab mengendalikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi anggota perkhidmatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga ia di mansuhkan pada 2011. MPM juga diamanahkan untuk mengendalikan beberapa peperiksaan seperti Malaysian Information Technology Examnitaion (MITPE). Malaysian Educators Selection Inventory (MedSI), Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunSYI) dan beberapa peperiksaan yang lain. Kini Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong seperti di bawah:

1. Pembantu Tadbir Kewangan (W17)
2. Pembantu Operasi N11

Cara memohon:
a. Individu yang berminat boleh melayari pautan di bawah ini untuk melihat senarai kerja kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan melihat syarat, kelayakan dan deskripsi kerja


b. Individu yang pertama kali memohon kerja kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) perlu mengisi borang permohonan melalui pautan di bawah:


c. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, salinan kad pengenalan dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.

d. Tulis nama jawatan yang dipohon di atas sudut sebelah kiri sampul surat.

e. Borang yang telah lengkap, hantar ke:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

f. Hanya pemohon yang layak akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak mendapat jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicant that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!