2 Kerja Kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Mei 2016. - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Kerja Kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Mei 2016.


Kerja Kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Mei 2016

Kerja Kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Mei 2016.

Tarikh tutup: 2 Mei 2016.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1956 di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 di bawah Kementerian Pengangkutan. SPPP bertanggungjawab untuk menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang di samping meningkatkan kemajuan, pembangunan dan penggunaan pelabuhan. Pelabuhan Pulau Pinang yang diuruskan oleh SPPP merupakan sebuah pelabuhan bertaraf internasional yang menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am.

SPPP merupakan fasilitator untuk aktiviti perdagangan dan juga menjadi pihak yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan pelabuhan. SPPP juga komited dalam mempromosikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan pilihan utama dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Teluk Benggala serta menjadi hab logistik di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mempelawa permohonan daripada calon yang berminat dan berkelayakan agar menyertai organisasi mereka untuk kerja kosong yang diiklankan seperti di bawah:

1. Pegawai Tadbir (Auditan) N44
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N26

Cara memohon:

a) Permohonan kerja kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) hendaklah dengan menggunakan kaedah atas talian / online melalui laman web SPPP atau mendapatkan borang di pejabat SPPP, Bahagian Khidmat Pengurusan di alamat tertera di bawah.

>> Borang Permohonan Kerja SPPP

b) Bagi melihat syarat dan kelayakan serta maklumat lanjut berkenaan kerja kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) boleh didapati di pautan di bawah ini:

>> Iklan Asal  Kerja Kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

c) Bagi penjawat awam, permohonan mesti lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 Tahun Terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.

d) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.

e) Hanya calon yang layak akan di tapis dan ditemuduga. Sekiranya tiada jawapan diterima selepas 3 bulan permohonan dibuat adalah dianggap tidak berjaya.

f) Borang yang lengkap diisi berserta resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang disahkan hendaklah dikemukakan kepada:

Pengurus Besar
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal
No 1A, King Edward Place,
10300 George Town,
Pulau Pinang.
(U.P: Bahagian Khidmat Pengurusan)



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!