20 Kerja Kosong (MPB) Lembaga Lada Malaysia April 2016 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

20 Kerja Kosong (MPB) Lembaga Lada Malaysia April 2016

Kerja Kosong (MPB) Lembaga Lada Malaysia April 2016.
Kerja Kosong (MPB) Lembaga Lada Malaysia April 2016.

Tarikh tutup: 29 April 2016.

Lembaga Lada Malaysia (MPB) ialah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah naungan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. Ia telah ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 iaitu pada 1 Januari 2007. Ibu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak serta mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Terdapat sembilan buah Pejabat Cawangan lain yang terletak di Sarawak. MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek  penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada. Objektif penubuhan lembaga lada malaysia adalah untuk menggalakan penanaman lada, membangunkan dan menggalakkan industri lada, menggalakan penyelidikan tentang lada, keluaran lada dan industri lada, membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri lada Malaysia yang teratur; dan mengawalselia industri lada kecuali penanaman dan penyelidikan tentang lada.

Kini Lembaga Lada Malaysia mempelawa individu-individu yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong yang ditawarkan di bawah.

1. Pegawai Ehwal Ekonomi (E41) - 1 kekosongan
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27) - 1 kekosongan
3. Pemandu Kenderaan (H11)- 2 kekosongan
4. Pembantu Awam (H11) - 16 kekosongan

Cara memohon:

a) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian dengan mendaftar melalui e-jawatan MPB melalui laman berikut:

b) Maklumat  lanjut  berkaitan  kelayakan  serta  syarat-syarat  yang  diperlukan  dan senarai  tugas  bagi  setiap  jawatan  boleh  didapati  di laman di bawah atau di mana-mana pejabat Lembaga Lada Malaysia.


c) Pemohon  yang  memohon  secara  atas  talian  adalah  dikehendaki  membawa  bersama sijil atau dokumen asal beserta salinan-salinan fotostat sekiranya dipanggil menghadiri temuduga.

d) Sekiranya pemohon tidak dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam tempoh tiga  bulan  dari  tarikh tutup iklan,  permohonan  adalah  boleh  dianggap  sebagai tidak berjaya



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!