Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


21 Kerja Kosong Pembantu Pendaftaran KP17 April 2016.

Kerja Kosong Pembantu Pendaftaran KP17 April 2016.
Kerja Kosong Pembantu Pendaftaran KP17 April 2016.

Tarikh tutup: 30 April 2016.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957. Penubuhan SPA amat bertepatan dengan hari yang sama dengan hari bersejarah (hari kemerdekaan Semenanjung Malaysia daripada pemerintahan regim British). Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu sendiri telah memulakan sebuah sejarah pemerintahan negara yang tertinggi dan bebas yang baru dalam kepimpinan Persekutuan Semenanjung Melayu. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan mengikut perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Antara lain, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

SPA pada ketika ini mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri: Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Inovatif, Taat Setia kepada organisasi, Berfikiran terbuka dan sedia membantu. Dalam bulan ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Jabatan Pendaftaran Malaysia bagi jawatan yang disenaraikan di bawah:

01. Pembantu Pendaftaran Gred KP17 - 21 Kekosongan di Sarawak

Cara memohon:

a) Harus diingat, polisi SPA ialah - Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

b) Iklan asal pengambilan SPA untuk jawatan kosong sebagai Pembantu Pendaftaran Gred KP17 ini boleh dibaca melalui pautan berikut:

>> Iklan Kerja Kosong Pembantu Pendaftaran KP17 Tahun 2016

c) Permohonan hendaklah melalui portal SPA menggunakan Borang SPA8i, sila akses dengan mengikuti pautan berikut:

>> Akses Borang SPA8i



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!