3 Kerja Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia April 2016. - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Kerja Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia April 2016.

Kerja Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia April 2016
Kerja Kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia April 2016.

Tarikh tutup:18 April 2016.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebuah badan berkanun yang yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 di bawah Akta 231 (Perbadanan 1980). (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, operasi dan penyenggaraan lebuhraya antara bandar. Ia juga ditugaskan untuk mengutip tol, membuat kontrak dan lain-lain tugas dan tanggungjawab yang sudah dimaktubkan.

Antara objektif penubuhan (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia sebenarnya adalah untuk merancang, mereka bentuk, membangunkan, mengurus dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya yang moden dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk menyediakan sistem pengangkutan yang cepat, selamat dan cekap. Selain itu LLM juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran pekerja melalui latihan yang disediakan di semua cabang pembangunan lebuhraya dan penyelenggaraan.

Pemohonan adalah dipelawa daripada seluruh Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan kerja berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:

1. Akauntan W41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Pembantu Perpustakaan S17

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman sesawang (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia.

b) Iklan asal jawatan kosong (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia ini boleh dibaca melalui pautan yang berikut:


c) Walau bagaimana  pun, sila baca dengan teliti syarat dan keperluan lain yang dikenakan pihak LLM melalui portal rasmi mereka di pautan berikut:

>> Syarat dan kelayakan diperlukan

d) Alamat penuh ibupejabat LLM adalah seperti berikut:

IBU PEJABAT
Lembaga Lebuhraya Malaysia,
Wisma Lebuhraya,
KM-6, Jalan Serdang – Kajang,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-87383000 / 87373000 (10 talian)
Fax: 603-87373555
Email: aduan@llm.gov.my


Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicant that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!