Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


8 Kerja Kosong (USIM) Universiti Sains Islam Malaysia April 2016

Jawatan Kosong (USIM) Universiti Sains Islam Malaysia April 2016
Kerja Kosong (USIM) Universiti Sains Islam Malaysia April 2016.

Tarikh tutup: 14 April 2016.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau dahulunya dikenali sebagai Universiti Kolej Islam Malaysia (KUIM) merupakan IPTA ke dua belas di Malaysia. KUIM kemudiannya dinaik taraf kepada USIM pada 1 Februari 2007, selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan pendidikan tinggi ke peringkat antarabangsa. Kini, (USIM) Universiti Sains Islam Malaysia beroperasi di kampus tetapnya yang terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian pula beroperasi di Kampus Cawangan Pandan Indah.

USIM menawarkan pendekatan seimbang dalam pendidikan dengan cara menerapkan elemen-elemen yang merangkumi keperluan fizikal, mental dan rohani di samping pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan serta juga seimbang dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya. Pendekatan yang dilaksanakan oleh  USIM, merangkumi pendekatan holistik iaitu ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli).

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini dan yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong seperti di bawah:

1. Pegawai Tadbir (N41)
2. Jururawat (U29)
3. Pembantu Makmal (C17)
4. Pengawal Keselamatan (KP11)
5. Pegawai Penyelidik Sosial (N41)
6. Pegawai Keselamatan (KP48)
7. Penolong Pegawai Farmasi (U29)
8. Pembantu Perawatan Kesihatan (U11)

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web e-IRIS di bawah kelolaan USIM. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai kerja kosong di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web yang disebutkan. Ikuti pautan di bawah untuk ke e-IRIS:

>> Portal e-IRIS

b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah dianggap 'tidak berjaya'.

d) Iklan asal kerja kosong USIM ini boleh dicapai melalui pautan berikut:


c) Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi alamat berikut:

Unit Pengurusan Modal Insan,
Bahagian Modal Insan,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai,
71800, Nilai
Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8113/8114/8125
Faks : 06-798 8034
Email: eirispentadbiran@usim.edu.my

Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicant that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!