Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Apakah Senarai Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29?

Juruteknologi Makmal Perubatan U29

Antara Skop Fungsi dan Bidang Tugas seorang Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, ialah:

01. Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan farmasi ubat, khasnya di kaunter farmasi ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan lain.

02. Memeriksa dan memenuh semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil, losen untuk penyediaan perkhidmatan pada hari itu.

03. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang jelas dan betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.

04. Membekal campuran, losen dan 'ointments' kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.

05. Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.

06. Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, 'ointments' dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.

07. Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.

Senarai Tugas Lain Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

1. Melaksana aktiviti-aktiviti dalam perkhidmatan farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam dan farmasi makmal.

2. Melaksana aktiviti kawalan inventori ubat-ubatan dan alat-alatan gunahabis.

3. Menjalankan aktiviti kualiti dan  penambahbaikan.

4. Menunjuk ajar  pembantu farmasi pelatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti  perkhidmatan farmasi.

5. Menyelenggara peralatan supaya sentiasa berfungsi dengan baik.

Kelayakan asas untuk memohon jawatan ini ialah:

1. warganegara Malaysia;

2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Diploma Pembantu Farmasi daripada Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ] ; atau

Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ]

4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Anda dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Farmasi Gred U29?

Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda:

>> Panduan khas TEMUDUGA Separa Perubatan

Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Pegawai Farmasi Gred U29) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan separa perubatan ambilan kerajaan yang dipohon. Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Atau anda dipanggil ke peperiksaan ONLINE Penolong Pegawai Farmasi Gred U29?

Bagi anda yang lain, yang dipanggil ke peperiksaan ONLINE separa perubatan, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki peperiksaan ONLINE di bawah untuk kemudahan anda:

>> Rujukan Khas peperiksaan ONLINE Separa Perubatan

Selamat menduduki temuduga atau menjalani peperiksaan ONLINE bagi jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 daripada kami dan semoga berjaya!

----------------

P/s: Sekiranya anda mendapati maklumat ini berguna kepada rakan lain, kami alu-alukan anda berkongsikannya bersama rakan lain yang mungkin mendapat manfaat daripadanya dengan meminta mereka merujuk ke blog ini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!