Kerja Kosong (NAFAS) Pertubuhan Peladang Kebangsaan April 2016. - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Kerja Kosong (NAFAS) Pertubuhan Peladang Kebangsaan April 2016.

Kerja Kosong (NAFAS) Pertubuhan Peladang Kebangsaan April 2016.
Kerja Kosong (NAFAS) Pertubuhan Peladang Kebangsaan April 2016.

Tarikh tutup: 27 April 2016.

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah ditubuhkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein Al Haj. NAFAS pada awalnya dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 di mana ia bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara. Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.

Pada tahun 2015, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 278 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 846,914 ahli peladang diseluruh negara. NAFAS yang berperanan sebagai induk Pertubuhan Peladang telah menceburi pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada peringkat awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian. Sehingga kini NAFAS telah berjaya memperkembangkan lagi sektor perniagaannya melalui 10 buah anak syarikatnya iaitu NAFAS Bajakimia Sdn Bhd, NAFAS Agri Services Sdn Bhd, NAFAS Jentera Sdn Bhd, NAFAS Estates Sdn Bhd, NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd, NAFAS Food Processing & Marketing Sdn Bhd, Saby Sdn Bhd, NAFAS Modal Insan Sdn Bhd, Malaysian NPK Fertilezer Sdn Bhd dan NAFAS Taj Agro (M) Sdn Bhd.

Selain memberikan fokus kepada perniagaan, NAFAS bertindak sebagai apex pergerakan peladang juga tidak pernah alpa memberikan bantuan dan memenuhi tuntutan sosial ahli-ahli peladang. Melalui Tabung Kumpulan Wang NAFAS, NAFAS telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan menghulurkan bantuan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan dan juga ahli-ahli peladang diseluruh negara.

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mempelawa permohonan daripada calon yang berumur 18 tahun ke atas, berminat dan berkelayakan agar menyertai organisasi mereka untuk jawatan diiklankan berikut:


Cara memohon:

a) Permohonan kerja kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ini adalah dengan menggunakan kaedah atas talian / online sahaja, melalui portal kerjaya jobstreet.

b) Pemohon kali pertama bagi kerja kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui portal kerjaya itu adalah dikehendaki mendaftarkan akaun permohonan terlebih dahulu. Manakala pemohon sedia ada boleh terus log masuk (login) untuk meneruskan permohonan.

c) Sila klik nama kerja kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang disenaraikan di atas untuk melihat bidang tugas serta kelayakan diperlukan, dan seterusnya memulakan proses permohonan online anda.



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!