Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Kerja Kosong Pejabat Menteri Besar Johor April 2016.

Kerja Kosong Pejabat Menteri Besar Johor April 2016.

Kerja Kosong Pejabat Menteri Besar Johor April 2016.

Tarikh tutup: 14 April 2016.

Pejabat Menteri Besar Johor terletak di Pusat Pentadbiran Iskandar Puteri Nusajaya Johor.  Pejabat ini menjadi pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran dan kemajuan Negeri Johor. Pejabat ini merancang, melaksana dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat agar dapat mewujudkan masyarakat yang progresif dan berdikari daripada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan secara cekap dan berkesan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Selain itu, Pejabat Menteri Besar Johor memberi perkhidmatan perakuan permohonan, rayuan pemilikan tanah, surat-surat sokongan, urusan perjumpaan dan temujanji YAB Menteri Besar Johor. Ia menentukan keberkesanan di dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara menyeluruh.

Selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dan bagi mencapai wawasan dan objektif Pejabat Menteri Besar Johor, sebanyak lima (5) Bahagian dan fungsi yang berbeza diketuai Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar Johor (Pegawai Tadbir Gred N52) telah ditubuhkan iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Akhbar, Bahagian Politik dan Bahagian Media dan Komunikasi.

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat negeri Johor Darul Ta'zim sahaja yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong seperti berikut:

1. Pemandu Kenderaan H11 - kontrak

Cara memohon:

a) Borang permohonan hendaklah diisi dengan tulisan tangan pemohon sendiri. Borang MBJ.01 boleh didapatkan secara percuma di Pejabat Menteri Besar Johor pada waktu pejabat sahaja atau boleh dimuaturun melalui pautan di bawah:

>> Borang permohonan Pejabat Menteri Besar Johor

b) Borang yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau dokumen sokongan yang berkaitan yang telah disahkan. Dokumen yang perlu disahkan ialah salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil berhenti sekolah, salinan lesen memandu dan lain-lain sijil/akuan/dokumen yang berkaitan.

c) Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BGN DATO' JA'AFAR MUHAMMAD,

79502 PUSAT PENTADBIRAN ISKANDAR PUTERI,
NUSAJAYA, JOHOR.

d) Iklan asal jawatan kosong Pejabat Menteri Besar Johor boleh diperolehi melalui pautan di bawah:


e) Borang yang tidak lengkap akan menjejaskan permohonan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat jawapan setelah 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya. 


Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicant that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!