Senarai Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Senarai Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29

Penolong Pegawai Perubatan U29

Tugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29 memberi penekanan dalam penyediaan perkhidmatan kuratif, promotif, preventif dan rehabilitative pada tahap yang Perubatan bersesuaian dalam program perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29:

Berperanan memberikan perkhidmatan primer dan khusus dalam aspek kesihatan berikut:

i. Perkhidmatan Primer
Memberi rawatan primer dan kecemasan di klinik kesihatan, jabatan pesakit luar, wad dan jabatan kecemasan di hospital-hospital.

• Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan
• Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan
• Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit atau masyarakat setempat
• Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan

ii. Perkhidmatan Khusus
Memberi perkhidmatan di pelbagai jabatan kepakaran dan program-program seperti berikut:

• Penjagaan khusus di unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatri, Kardiologi, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi , Urologi, Neurologi dan lain-lain jabatan/unit di hospital

• Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Kelayakan latihan Penolong Pegawai Perubatan U29

Berikut syarat bagi melayakkan seseorang mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan U29:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur calon untuk mengikuti latihan

Umur Calon untuk mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan U29 Bertaraf Diploma:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Tempat mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan U29

Tempat Latihan Penolong Pegawai Perubatan U29, sehingga setakat ini hanya di pusat berikut:

Kolej Pembantu Perubatan, Ulu Kinta, Perak
Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak

Anda dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29?

Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda:

>> Panduan khas TEMUDUGA Separa Perubatan

Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan separa perubatan ambilan kerajaan yang dipohon. Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Atau anda dipanggil ke peperiksaan ONLINE Penolong Pegawai Perubatan U29?

Bagi anda yang lain, yang dipanggil ke peperiksaan ONLINE separa perubatan, pasti belum tahu apakah soalan yang bakal dikemukakan. Siapa yang tahu kan? Kami cadangkan panduan menduduki peperiksaan ONLINE di bawah untuk persiapan anda:

>> Rujukan Khas peperiksaan ONLINE Separa Perubatan

Selamat menduduki temuduga atau menjalani peperiksaan ONLINE bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan U29 daripada kami dan semoga berjaya!

----------------

P/s: Sekiranya anda mendapati maklumat ini berguna kepada rakan lain, kami alu-alukan anda berkongsikannya bersama rakan lain yang mungkin mendapat manfaat daripadanya dengan meminta mereka merujuk ke blog ini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!