Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tips Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat
#Tips1 - Seimbas tugas PTM F41

Pegawai Teknologi Maklumat bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

#Tips2 - Skop Tugas PTM F41

Seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang berkhidmat dalam sektor kerajaan melaksanakan skop tugasan seperti berikut:

(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;

(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;

(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;

(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan

(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

#Tips3 - Tiga Bidang Pengkhususan PTM F41

Bidang Pertama - Pengurusan ICT

(a) Perancangan Strategik ICT
Berperanan dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.

(b) Pengurusan Projek
Berperanan dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.

(c) Pengurusan Maklumat
Berperanan menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumatsesebuah organisasi.

Bidang Kedua - Pengurusan Sistem

(a) Analisis Sistem
Berperanan dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(b) Reka Bentuk Sistem
Berperanan dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(c) Pelaksanaan Sistem
Berperanan dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.

(d) Penyelenggaraan Sistem
Berperanan dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.

(e) Dokumentasi Sistem
Berperanan dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

Bidang Ketiga - Kepakaran Teknikal

(a) Keselamatan ICT :

i) Melaksanakan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.

ii) Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.

iii) Melaksanakan kerja-kerja pengurusan insiden.

iv) Melaksanakan kerja-kerja kesinambungan bisnes.

v) Melaksanakan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.

vi) Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.


(b) Pengurusan Pusat Data

i) Mereka bentuk Pusat Data.

ii) Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.

iii) Melaksanakan kerja-kerja operasi Pusat Data.

iv) Melaksanakan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).

v) Menguruskan operasi Helpdesk.


(c) Pengurusan Rangkaian

i) Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.

ii) Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.

iii) Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.

iv) Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.


(d) Pentadbiran Pangkalan Data

i) Mereka bentuk pangkalan data.

ii) Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.

iii) Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.

iv) Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.


(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana

i) Melaksanakan dan menjalankan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.

ii) Melaksanakan dan menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan auditkeselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologipengurusan keselamatan maklumat organisasi.

#Tips4 - Maklumat asas PTM F41

Kami tidak akan menaip semula maklumat asas seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang melibatkan kumpulan, kem/jab, jadual gaji, syarat lantikan dan Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Maklumat tersebut boleh diakses melalui portal SPA. Jadi anda boleh mengikuti sendiri pautan berikut untuk membacanya:


#Tips5 - Rujukan Khusus Peperiksaan online PTM F41

Apa? Anda dipanggil ke sesi exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 15 April 2016 (Jumaat) ini? Tahniah jika begitu!

Untuk makluman anda, format untuk tahun 2016 sedikit berbeza, ada tambahan seksyen dan aturan seksyen yang berbeza. Ada 3 Seksyen kali ini;

- Seksyen A: Ujian Psikometrik
- Seksyen B: Pengetahuan Am
- Seksyen C: Penyelesaian Masalah

Nampak tak? Ada sesuatu di sana. Memang betul jangkaan anda. Seksyen A itu dirangka untuk menyingkirkan seberapa ramai calon. Di situ muslihatnya..

Eh.. jika anda serius nak berjaya, ini rujukan yang anda perlukan:


P/s: Buat persediaan sehabis baik ya. Mungkin ini peluang terakhir anda dipanggil ke sesi exam online ini!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!