4 Kerja Kosong WWF Malaysia Bulan Mei 2016 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

4 Kerja Kosong WWF Malaysia Bulan Mei 2016

Kerja Kosong WWF Malaysia Bulan Mei 2016.
Kerja Kosong WWF Malaysia Bulan Mei 2016

Tarikh tutup:13 Mei - 27 Mei 2016

WWF-Malaysia adalah badan amanah pemuliharaan kebangsaan di bawah rangkaian global WWF yang telah ditubuhkan pada 13 Januari 1972. WWF berfungsi untuk mempromosikan keharmonian antara manusia dan alam semulajadi selama empat dekad, WWF-Malaysia sehingga kini mengendalikan lebih daripada 90 projek yang meliputi pelbagai perlindungan alam sekitar dan kerja-kerja pemuliharaan alam semula jadi di Malaysia. Pada permulaannya WWF-Malaysia hanya memfokuskan kepada pemuliharaan hidupan liar seperti menyelamatkan spesies terancam seperti harimau dan penyu, namun pada hari ini WWF-Malaysia telah memperluaskan skop dengan merangkumi pemuliharaan laut dan hutan, melindungi tanah tinggi, lembah dan hutan, dan juga sungai dan lautan.

WWF-Malaysia juga menjalankan penyelidikan bidang saintifik, kempen kesedaran awam, penglibatan perniagaan dan perindustrian, pendidikan alam sekitar serta sokongan polisi. WWF-Malaysia bekerjasama berganding bahu dengan masyarakat tempatan untuk memperbaiki kehidupan mereka sementara membolehkan penyertaan mereka dalam pemuliharaan serta latihan dan sokongan organisasi perlindungan alam sekitar lain di Malaysia. Permohonan adalah dipelawa daripada calon yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan kerja di WWF-Malaysia seperti diiklankan di bawah:

01. Manager, Compensation and Benefits
02. Manager, Major Donor Programme
03. Marketing Officer, Supporter Programme
04. Manager, Sustainable Palm Oil Programme


Cara memohon:

a) Permohonan kerja kosong WWF-Malaysia ini adalah dengan menggunakan kaedah atas talian / online sahaja, melalui portal kerjaya jobstreet.

b) Pemohon kali pertama bagi kerja kosong WWF-Malaysia melalui portal kerjaya itu adalah dikehendaki mendaftarkan akaun permohonan terlebih dahulu. Manakala pemohon sedia ada boleh terus log masuk (login) untuk meneruskan permohonan.

c) Sila klik pautan kerja kosong WWF-Malaysia di setiap kerja kosong untuk melihat bidang tugas serta kelayakan diperlukan bagi kesemua kerja yang ditawarkan, dan seterusnya memulakan proses permohonan online anda.



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!