Kerja Kosong (ABM) Akademi Binaan Malaysia Mei 2016. - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Kerja Kosong (ABM) Akademi Binaan Malaysia Mei 2016.

Kerja Kosong (ABM) Akademi Binaan Malaysia Mei 2016 
Kerja Kosong (ABM) Akademi Binaan Malaysia Mei 2016.

Tarikh tutup: 31 Mei 2016.

Akademi Binaan Malaysia (ABM) ialah sebuah anak syarikat di bawah CIDB Malaysia. Objektif penubuhan Akademi Binaan Malaysia ialah untuk melahirkan lebih ramai personel binaan mahir dan separuh mahir tempatan, menyediakan peluang kepada pekerja binaan mempertingkatkan tahap kemahiran, melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, peka keselamatan, mementingkan kualiti dan cekap, menyokong industri pembinaan, memupuk daya saing selari dengan teknologi yang semakin maju, membangun dan merintis laluan untuk mengeksport pekerja mahir tempatan ke luar negara dan menyediakan kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi.


Sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan negara, dan selaras dengan peruntukan dalam Akta Penubuhannya, CIDB Malaysia sentiasa peka untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan negara supaya mereka boleh menyumbang ke arah peningkatan daya saing industri ini di masa depan

(ABM) Akademi Binaan Malaysia mencari individu yang komited dan bersungguh-sungguh untuk mengisi kerja kosong ditawarkan di bawah:

1. Setiausaha/Pembantu Khas

Tanggungjawab utama:
-membantu Ketua Pegawai Operasi di dalam jadual rasmi hariannya.
-menyediakan minit esyuarat dan membantu menyediakan laporan untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah
-membantu dalam urusan perjalanan rasmi Ketua Pegawai Operasi seperti tempahan tiket dan penginapan serta tuntutan bulanan.
-menjaga sistem fail dan semua rekod sulit disimpan dalam keadaan selamat.
-lain-lain kerja yang diarahkan oleh ketuanya dari masa ke semasa.

Syarat dan Kelayakan
-warganegara Malaysia
-memiliki diploma atau sijil berkaitan
-mahir menggunakan komputer terutamanya perisian Microsoft Office dan Excel.
-mahir menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
-calon yang tidak mempunyai kelayakan atau pengalaman berkaitan tetapi berminat akan dipertimbangkan.
-sanggup bekerja dalam tekanan dan jadual kerja yang padat.
-inovatif, bersikap positif dan kreatif dalam tugasan harian.

Sekiranya anda berminat, hantar permohonan dan resume yang lengkap bergambar serta salinan sijil dan dokumen ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI OPERASI
AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH TENGAH
LOT 8, SEKSYEN 91,
JALAN CHAN SOW LIN
55200 KUALA LUMPUR.



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!