Kerja Kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Mei 2016. - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Kerja Kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Mei 2016.

Kerja Kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Mei 2016.

Kerja Kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Mei 2016.

Tarikh tutup: 23 Mei 2016.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).

Hari ini, FELDA berperanan utama dalam menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Fokus FELDA adalah untuk menjadi ‘ Economic Powerhouse ’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang mempunyai pelbagai potensi.

FELDA dengan ini mempelawa permohonan daripada individu yang berminat, berkelayakan dan komited memajukan masyarakat untuk menyertai organisasi mereka dengan mengisi kekosongan yang ditawarkan di bawah:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Cara memohon:

a) Permohonan kerja kosong FELDA ini adalah secara atas talian / online sahaja yakni melalui portal kerja FELDA di bawah:

>> Kerja Kosong FELDA

b) Klik pautan kerja kosong FELDA di bawah untuk melihat bidang tugas dan kelayakan diperlukan serta bagi memulakan proses permohonan secara online anda. Semoga berjaya:

>> Iklan asal kerja kosong FELDA 2016

c) Pemohon kali pertama untuk kerja kosong FELDA melalui portal itu adalah dikehendaki mendaftar akaun permohonan. Manakala pemohon sedia ada boleh terus login untuk meneruskan permohonan.

d) Permohonan daripada Pegawai-Pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

e) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

f) Penempatan perkhidmatan bagi Gred NX17 ini adalah untuk seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.

g) Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 - 2191 2320 / 2177/ 2176.


Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!