Selamat Hari Pekerja 2016 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Selamat Hari Pekerja 2016

Hari Pekerja 2016
Kami di Blog Tips Kerjaya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2016 kepada semua pembaca yang bekerja.

Sambutan hari pekerja ini disambut di seluruh dunia pada 1 Mei setiap tahun. Sambutan hari pekerja pada tahun ini, akan disambut pada 1 Mei 2016 (Ahad). Jadi bagi yang bekerja di sektor awam, cuti akan jatuh pada hari Isnin ini (2 Mei 2016).

Kita bukan sekadar bercuti, malahan yang lebih utama, setiap negara meraikan golongan yang paling penting dan mustahak dalam pembangunan negara tidak kira sama ada mereka dari golongan pentadbir, pendidik, doktor, jururawat, perajurit, anggota keselamatan mahupun golongan kumpulan pelaksana sekalipun, masing-masing telah memainkan peranan dalam meningkatkan pembangunan negara.

Kepada pembaca yang belum berjaya memperolehi sebarang pekerjaan, teruskan bersama Blog Tips Kerjaya, dimana kami akan cuba sedaya upaya membawakan kepada anda peluang kerjaya dan tips bermanfaat dari semasa ke semasa.



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!