Kerja Kosong Lembaga Pelabuhan Kelang Malaysia Jun 2016. - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Kerja Kosong Lembaga Pelabuhan Kelang Malaysia Jun 2016.

Kerja Kosong Lembaga Pelabuhan Kelang Malaysia Jun 2016.
Kerja Kosong Lembaga Pelabuhan Kelang Malaysia Jun 2016.

Tarikh tutup: 27 Jun 2016.

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963 bagi mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Pada tahun 1986, kemudahan kontena terminal yang dikendalikan oleh LPK telah diswastakan kepada Klang Container Terminal Berhad. LPK mengekalkan 20% ekuitinya dalam syarikat tersebut. Lanjutan daripada penswastaan itu baki kemudahan operasi pelabuhan telah diswastakan kepada Klang Port Management Sdn Bhd pada tahun 1992. Kemudahan pelabuhan yang baru dibangunkan di Pulau Indah (Pulau Lumut) telah diswastakan kepada Kelang Multi Terminal Sdn Bhd dalam tahun 1994. Mereka diberi pilihan untuk membangunkan baki pembangunan kemudahan pelabuhan seperti yang terancang dalam Pelan Induk Pelabuhan (1990-2010). Melalui penswastaan kemudahan-kemudahan operasi dan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan terbahagi kepada 3 entiti yang berbeza di bawah 3 siri penswastaan yang berasingan, Lembaga Pelabuhan Klang telah mempertingkatkan peranannya sebagai pemudahcara perdagangan, mengawalselia dan sebagai tuan tanah.

Lembaga Pelabuhan Kelang mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Tadbir (Perundangan) N41

Cara memohon:

a. Calon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau dimuat turun melalui pautan di bawah:


b. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan. 

c. Borang  permohonan  yang  telah  lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
 
Pengurus Besar,
Lembaga Pelabuhan Kelang,
Beg Berkunci 202,
Jalan Pelabuhan Utara,
42005 Pelabuhan Klang.
[u.p. Pengurus Kanan (Sumber Manusia)].

d. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di tepi atas sampul surat permohonan. Sila klik kerja kosong di atas untuk melihat syarat dan kelayakan kerja.

e. Permohonan daripada pegawai atau kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang dikemaskini.

f. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



Tips: Tidak pasti bagaimana menulis resume yang mantap dan menarik hati bakal majikan? Baca panduan menulis resume.



Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA? So, how to stand out of 1 Million applicants that have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!