Statistik Pengangguran Di Malaysia - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Statistik Pengangguran Di Malaysia

Salam dan semoga sukses selalu.

Jangan sedih-sedih sangat jika belum mendapat kerja. InsyaAllah jika ada rezeki takkan kemana. Hari ini kita akan bermain dengan sedikit angka-angka. Angka yang dibincangkan hari ini boleh membawa pelbagai pengertian (terpulang kepada siapa yang membaca dan bagaimana penerimaan seseorang). Untuk makluman, statistik ini dikeluarkan pada 2005/2006 yang lalu dan hanyalah sebagai panduan anda merancang masa hadapan sahaja.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Pendaftaran Siswazah Menganggur & Gunatenaga Di Kalangan Siswazah berdasarkan bangsa ialah :

Bumiputera - 57,072 orang (96.4%)
Cina - 1,027 (1.7%)
India - 1,007 (1.7%)
Lain-lain - 144 (0.2%)

Pendaftaran Siswazah Menganggur & Gunatenaga Di Kalangan Siswazah berdasarkan kelayakan akademik ialah :

Diploma - 38 %
Ijazah - 60.1%

Daripada jumlah tersebut, seramai 19,761 (38.1%) individu tidak pernah dipanggil temuduga di sektor awam. Manakala, seramai 8,285 (16.5%) pula tidak pernah dipanggil temuduga di sektor swasta.

Daripada kajian ini juga, MTEN menyenaraikan beberapa fatka-fakta (penemuan) penting seperti di bawah:

• 14.9 % - menganggur lebih dari dari 2 tahun.
• 16.2 % - memohon lebih 20 kali sektor awam
• 28.7 % - memohon lebih 20 kali sektor swasta

Harus diingat,

Pertama, nombor-nombor yang dibincangkan hari ini hanya melibatkan individu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja sahaja. Bagaimana pula dengan yang tidak berdaftar? Pasti angka-angka yang tertera di atas menjadi lebih besar.

Kedua, statistik ini sudah lama dan boleh dikatakan lapuk. Beranikah anda membaca angka-angka yang baharu dan terkini? Statistik tahun lalu misalnya. Agak-agaknya adakah sudah bertambah sekali ganda, dua kali ganda atau tiga kali ganda? Siapa boleh teka, sila angkat smartphone anda!

Sekian dahulu perkongsian kali ini. Jika anda rasakan perkongsian ini bermanfaat dalam merancang masa depan anda atau buah hati anda atau mungkin adik-beradik anda yang lain. Mohon kongsikan dan galakkan mereka memasukkan emel di dalam borang di bawah! Ini demi kebaikan mereka juga.

Oh.. ya, kepada subscriber-subscriber baharu, nama saya ialah Julmazli Dempollok. Saya adalah Admin Blog Tips Kerjaya dan saya sayangkan anda!

Di samping, saya selalu mendoakan anda beroleh pekerjaan yang diidam-idamkan.. :)



Kepada yang lain, tahniah diucapkan sekiranya anda dipanggil ke temuduga separa perubatan pada bulan Mac ini oleh SPA! Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga tersebut melalui pautan berikut:




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!