Temuduga Swasta - Persediaan & Latihan - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Swasta - Persediaan & Latihan


Buat Persediaan Awal

Anda WAJIB tahu aktiviti atau jenis perniagaan yang dijalankan bakal majikan anda. Ianya amat penting kerana ia menjadikan anda calon yang berpengetahuan.

Anda MESTI tahu sedikit informasi bagaimana bakal majikan anda menjana pendapatan, produk yang mereka jual, pesaing mereka, budaya kerja di pejabat dan jika anda mahu lebih bersedia, ketahui sekali masalah bakal majikan anda agar anda boleh meyakinkan mereka bahawa andalah calon yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Ringan-ringankan tulang anda melayari laman web bakal majikan anda dan buat kajian mengenai jawatan yang bakal anda sandang.

Buat Latihan Temuduga

Banyak kes didapati calon menjadi kelu dan tergagap-gagap apabila berkomunikasi dengan penemuduga. Mengapa ini terjadi?

Disarankan, sebelum temuduga calon membuat senarai soalan yang berkemungkinan akan disoal dan cara untuk menjawabnya.

Bagaimana untuk membuat soalan? Mudah sahaja.

Letak diri anda ditempat penemuduga, apa yang anda ingin soal kepada calon seperti anda. Anda buat jawapannya sekali.

Berlatihlah bersama rakan. Dinasihatkan berlatih dengan serius seperti di dalam bilik temuduga yang sebenar. Anggap rakan anda itu penemuduga yang anda tidak pernah jumpa sebelum ini.

Seeloknya, berlatihlah di hadapan cermin agar dapat melihat mimik muka anda. Cari mimik muka anda yang bersesuaian, tenang, positif, ceria dan penuh keyakinan.

Anda juga HARUS berlatih dalam berbahasa Inggeris. Terutama sekali apabila memohon jawatan di sektor swasta! Pastikan bahasa anda mudah difahami. Cuma pastikan jangan sampai terbelit lidah.. ;)



Ingin mencuba nasib di sektor swasta? Sambil-sambil menunggu peluang di sektor kerajaan? Peluang kenaikan gaji dan faedah bekerja di sektor swasta memang amat menarik. Tetapi tembus ke sektor ini bukannya mudah!




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!