Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Exam Pegawai Eksekutif LHDN - Contoh Soalan

Exam Pegawai Eksekutif LHDN - Contoh Soalan | Secara mengejut. Itulah tanggapan calon-calon yang tidak sangka apabila menerima emel / SMS panggilan ke Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 (pengambilan LHDNM). Peperiksaan kelolaan SPA ini akan dijalankan pada 20 September 2017.

Kita terus saja ke format exam dan beberapa contoh soalan. Apa yang dipaparkan di sini bukan SOALAN SEBENAR, jauh sekali SOALAN BOCOR. Bukan. Bukan dan bukan!

Format Exam - mengandungi 3 seksyen utama, iaitu :

  1. Seksyen A : Pengetahuan Am (8.00 pm - 8.40pm)
  2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah (8.55pm - 9.45pm)
  3. Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris (10.00pm - 10.20pm)


:: Contoh soalan Seksyen A: Pengetahuan Am ::

Tips : Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) adalah bersifat analitikal. Ada soalan yang ditanya secara terus dan ada yang memerlukan pengetahuan hasil pembacaan. Calon perlu rajin membaca akhbar nasional seperti Utusan dan Berita Harian. Biasanya memang isu-isu hangatlah yang bakal ditanya.

-----

1. Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia juga dikenali sebagai apa?

a) LHDN
b) HASiL – Jawapan
c) Lembaga Hasil
d) LHDN Malaysia

-----

2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berada di bawah Kementerian mana?

a) Kementerian Kewangan – Jawapan
b) Kementerian Dalam Negeri
c) Kementerian Pertahanan
d) Kementerian Sumber Manusia

-----


::Contoh soalan Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah::

Tips : Soalan Seksyen B lebih bersifat applied question.  Mau tak mau, anda harus minat matematik untuk menjawab soalan ini. Kalau memang tak minat math? Tak payah minat, yang penting buat latihan pengiraan sebanyak yang boleh. Jadi nanti exam, pantas mengira. Ingat, masa menjawab amat terhad untuk setiap soalan!

-----

1. Karim bekerja selama 8 jam sehari dalam tempoh seminggu. Jika dia dibayar RM3.40 sejam, kira pendapatan bulanan bagi Karim.

a) RM544.00 – Jawapan
b) RM135.00
c) RM775.00
d) RM80.00

-----

2. Panjang sebatang paip ialah 90cm. 3/5 daripadanya dicat dengan warna hitam, 15cm dicat dengan warna oren dan selebihnya dicat dengan warna biru. Pecahan paip yang dicat dengan warna biru ialah

a) 23/30
b) 7/30 – Jawapan
c) 13/20
d) 17/30

-----

Wah, rasa tak cukup kan? Mana contoh soalan seksyen C? Jangan risau, Tim Inforkerjaya (kami sebahagian daripadanya) akan mengeluarkan satu rujukan khusus untuk exam Pegawai Eksekutif 41 LHDN ini di mana apa yang anda akan dapat adalah:-

  •     Penerangan format - (secara terperinci)
  •     Contoh soalan - (dan jawapan setiap seksyen)
  •     Cara menjawab soalan - (dengan betul)
  •     Nota rujukan pantas - (yang bakal jimatkan masa anda meng-google!
  •     Latih tubi - (untuk anda prepare persediaan jalani exam sebenar)
  •     Nota-nota tambahan- (tentunya tentang LDHN)

Jadi, tak perlu lagi tercari-cari bahan rujukan lain. Mana yang betul, mana yang tak betul. Berjam-jam duk meng-google. Yang tak semestinya info tu masuk dalam exam ke tak.

https://goo.gl/5cVn4H

Jualan rujukan Pegawai Eksekutif LHDN sudah dibuka. Anda boleh baca apakah Kandungan Pakej Rujukan Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membelinya. Kami tidak mahu ada pembaca beranggapan serong. Apa lagi kalau menuduh kami menjual produk yang tidak bermanfaat untuk mereka.


[Update 17 Sept] - Dapatkan Preview Copy 17 mukasurat (PERCUMA)


Sebagai nota, Tim Infokerjaya (kami sebahagian daripadanya) telah membantu lebih 75,000 graduan lulus dalam exam dan temuduga kerja sejak tahun 2009 lagi. Kredibiliti kami tak dapat dipersoal lagi sehinggakan tiap kali exam, calon-calon sendiri yang akan email dan minta kami bahan rujukan. Sampai ada yang dapatkan rujukan kami secara haram. Maaf.

Tapi, cuba bayangkan. Dijadikan cerita, anda berjaya perolehi kerja sebagai Pegawai Eksekutif LHDN ni hasil bacaan daripada rujukan kami (secara haram), sudah ada kerjaya bagus mesti mau kahwin kan. Hantaran, mas kahwin, nafkah isteri dan nafkah anak-anak (hasil gaji sebagai Pegawai Eksekutif LHDN itu) semuanya menjadi tidak bersih. Tak halal dan tak gentleman. Mau begitu? Kami okey ajer.. :)

Tapi itu kisah pembaca lain di blog lain. Bukan tuan/puan yang sedang membaca sekarang ini. Anda orang yang jujur, amanah dan berintegriti tinggi! Kami jamin. Dan kami doakan anda berjaya dalam exam ini.

---

Disclaimer :

Tim BlogTipsKerjaya tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang Tim BlogTipsKerjaya sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan. Ia masih memerlukan usaha keras dan kesungguhan calon itu sendiri untuk lulus.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!