LAPORAN POLIS - [Exam Pegawai Eksekutif LHDN] - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

LAPORAN POLIS - [Exam Pegawai Eksekutif LHDN]

LAPORAN POLIS - [Exam Pegawai Eksekutif LHDN] | Berikutan ramainya calon yang dipanggil dan kekecohan calon-calon mencari informasi berkenaan exam Pegawai Eksekutif ini, pelbagai insiden berlaku. Namun, yang kurang enak didengar ialah apabila terjadinya insiden penyebaran harta Intelek secara tidak betul.

Terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab, telah menyebarkan produk digital berbayar Syarikat Infokerjaya PLT : No. Pendaftaran LLP0003706-LGN melalui media sosial (Group Facebook, Whatsapp dan Telegram).
Syarikat Infokerjaya (kami merupakan sebahagian daripadanya) merupakan pengeluar dan pemilik hak jualan untuk beberapa siri rujukan peperiksaan dan temuduga termasuklah Pakej Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDNM. Perkara ini amat mendukacitakan. Berlaku ketidakadilan kepada pembeli yang sah (berbayar) apabila pihak lain memperolehi rujukan secara percuma (tetapi secara haram) melalui medium-medium tadi.

Syarikat Infokerjaya sudah berhubung dengan pihak KPDNKK untuk isu edaran ebook secara haram ini dan disarankan untuk :

- larangan edaran (laporan polis)

- larangan cetakan dan milikan (myIPO)

Jadi, langkah terdekat membendung sebaran secara haram adalah dengan Syarikat Infokerjaya membuat laporan polis ini (lihat gambar di bawah).


Langkah-langkah lain (termasuk secara undang-undang) akan diambil dalam tempoh tidak lama kemudian. Mohon kerjasama dari pembaca, jika mendapati ada berlaku edaran ebook keluaran Syarikat Infokerjaya, report segera atas nama individu berkenaan (atau nama group media sosial tersebut) dengan report larangan di atas sebagai rujukan.

Mohon sebarkan perkara ini kepada rakan, sahabat, ahli keluarga dan mereka yang lain. Agar ini tidak menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan kita.

p/s: Nak berjaya biar halal. Biar ikhlas dan sehabis usaha. Biar berkat.




Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!