6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja

6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja | Kami percaya kebanyakan calon yang pertama kali dipanggil ke sesi temuduga (tidak kira temuduga SPA, SPP atau swasta) akan berasa gementar. Memang ada calon yang rasa 'biasa' dan 'tiada apa' yang perlu dirisaukan. Tapi jumlahnya tidak ramai. Dan mereka ini rata-rata terdiri daripada mereka yang sudah memperkemaskan diri dengan persediaan yang lengkap. Bagi yang lain - tidak ada idea apakah soalan yang bakal ditanya dan bagaimana cara menjawab yang tepat menjadi perkara yang merunsingkan mereka.

Kali ini kami akan membincangkan apakah contoh soalan temuduga dan contoh jawapan temuduga yang sesuai. Ini kupasan ringkas mengenai contoh soalan lazim temuduga. Anda kena tahu, soalan tidak sama untuk setiap calon yang dipanggil. Panel mengajukan soalan tambahan berdasarkan resume yang dihantar dan 'rotation' soalan yang disediakan. Ikut nasib la..

6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja

Antara soalan lazim temuduga, merangkumi skop berikut;

  • Pengenalan diri
  • Kelayakan dan pengalaman
  • Info jawatan
  • Penyelesaian masalah
  • Kenegaraan
  • Isu Semasa

---

Skop Pengenalan diri

Soalan temuduga berkenaan pengenalan diri berfungsi mengesan kelemahan dalam diri calon. Dan juga untuk melihat sejauh mana kesediaan calon dalam aspek peribadi. Anda boleh menjawabnya menggunakan kaedah kronologi, kreatif atau retorik. Perhatikan contoh di bawah;

Soalan 1 :
Sila terangkah mengenai diri anda.

Jawapan :
Nama saya Abu bin Ali. No kad pengenalan, 909090-90-9090. Sejak dari sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi Penolong Pegawai Kesihatan yang akan berkhidmat kepada negara. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah mengambil pengajian dalam bidang diploma kesihatan awam. InsyaAllah selepas ini, jika berpeluang saya akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda kesihatan awam di UMS. Saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan terbaik dalam bidang pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 1 tahun bekerja dalam bidang kesihatan awam di sektor swasta dan terlibat dalam projek-projek berkaitan kesihatan awam. Saya yakin dan percaya, dengan gabungan kelayakan akademik dan pengalaman yang saya miliki, saya mampu memikul tanggungjawab yang diberi.

Download eBook 44 faktor kegagalan dalam temuduga kerja

Skop Kelayakan dan pengalaman

Soalan temuduga berkenaan kelayakan dan pengalaman berperanan melihat sejauh mana kesungguhan, kreativiti dan daya usaha calon. Anda akan diteliti dari segi kesesuaian dan kaitan pengalaman dengan tugas yang dipohon dan bagaimana pengalaman tersebut membantu calon menjalankan tugasan kelak.

Soalan 2 :
Oleh kerana kamu baru saja habis pengajian, adakah kamu mempunyai pengalaman kerja?

Jawapan :
Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk diam tanpa berusaha. Buat masa ini, saya menghabiskan masa membantu keluarga di kedai makan. Selain dapat mencari wang tambahan, saya boleh membantu keluarga menguruskan kedai makan. Semasa bekerja, saya belajar bagaimana menguruskan pembelian barang-barang dapur, menguruskan akaun perniagaan, berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga menimba ilmu bagaimana berhubung dengan pelanggan agar mereka lebih kerap datang dan melipatgandakan keuntungan kedai kami.

Skop Info jawatan

Soalan temuduga berkenaan info jawatan. Di sini anda akan dilihat adakah anda mengambil tahu jabatan atau kementerian yang bakal anda ditugaskan kelak. Ini menjadi kunci kepada panel untuk melihat minat sebenar anda. Jadi ambil tahu sebanyak mungkin mengenai bidang tugas yang anda mohon. Soalan boleh berkisar mengenai misi, visi, bidang tugas, indeks KPI dan lain-lain.

Tips - Sekiranya panel penemuduga bertanya dalam bahasa Melayu, jawab dengan bahasa Melayu yang amat bagus. Panel soal dalam bahasa Inggeris, jawab dengan dalam bahasa Inggeris yang amat baik. Ingat!

Soalan 3 :
What do you learn from your practical training?

Jawapan :
I gained a lot of new knowledge anda also practice the knowledge that I have dduring my study before this. I feel very happy because i can observe how the system and also the work are implemented. Therefore it is a best time for me to know about my field more deeply.

Skop Penyelesaian masalah

Soalan temuduga berkaitan penyelesaian masalah turut sering diajukan. Mana tahu anda 'terkena' soalan jenis ini, anda boleh ambil tips bagaimana menjawab temuduga kerja di bawah.

Soalan 4 :
Apakah yang anda dapat sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan sekiranya anda diterima?

Jawapan :
Bagi menjadikan sesuatu jabatan / unit / pasukan itu bekerja dengan gembira, setiap anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja seimbang. Ini akan mewujudkan rasa keadilan di samping rasa diri masing-masing adalah penting kepada jabatan / unit / pasukan. Oleh itu, saya berpendapat, pembahagian tugas kepada semua anggota adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap andggita. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan menjadikan situasi kerja lebih baik dari sebelumnya.

Skop Kenegaraan

Soalan temuduga jenis kenegaraan ini memang azab sikit. Lebih-lebih lagi bagi calon yang kurang memberi perhatian kepada soal-soal nasional. Cuba ambil tahu apa kempen kerajaan yang sedang dijalankan sekiranya anda dipanggil ke temuduga.

Soalan 5 :
Boleh terangkan secara ringkas dan padat apa itu 1Malaysia?

Jawapan :
1Malaysia adalah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sekarang pada 2 April 2009. Antara intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa. Tanpa mengira kepelbagaian etik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakan idea ini. Apek utama ialah sikap saling menghormati dan sikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat di Malaysia perlu disatukan melalui konsep '1Malaysia' dengan mengeratkan hubungan kaum untuk jangka masa panjang.

Skop Isu Semasa

Soalan temuduga jenis ini memang lazim sekali diajukan. Pasti anda sering mendengar cadangan agar membaca akhbar bercetak / akhbar online daripada rakan atau saudara mara apabila anda beritahu mereka yang anda dipanggil ke temuduga. Soalannya boleh jadi apa saja yang sedang menjadi trending semasa di dalam dan luar negara. Persiapkan diri. Di bawah hanya contoh sahaja.

Soalan 6 :
Apa pendapat anda mengenai kenaikan harga barang?

Jawapan :
Jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barangan mentah dan minyak seperti di pasaran minyak global, saya boleh menerimanya. Tapi sekiranya kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh pihak yang memonopoli pasaran seperti yang terjadi di musim perayaan dan musim kenaikan gaji, ia adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku ini.

Jadi itulah dia 6 contoh soalan dalam temuduga dan contoh jawapan-jawapan padu yang boleh kami cadangkan kepada anda. Soalan temuduga ini boleh jadi pelbagai ragam dan aneka. Tapi kebiasaannya, skop soalan itu tidak lari jauh daripada apa yang kami bincangkan di atas. Bagaimanapun untuk memantapkan lagi persediaan anda, kami kuat mencadangkan anda membaca 44 sebab utama gagal temuduga yang kami tulis sebelum ini dan ia didatangkan bersama 8 siri emel yang menyentuh topik-topik mustahak temuduga.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!