Soalan Temuduga Jurutera Gred J41 (Awam) - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Soalan Temuduga Jurutera Gred J41 (Awam)

Soalan Temuduga Jurutera Gred J41 (Awam) | Kejuruteraan Awam atau Civil Engineering merupakan salah satu daripada bidang kejuruteraan. Di mana, ia melibatkan teknik dan kaedah merekabentuk, mengukur, membina dan menyelenggara bangunan atau struktur. Struktur yang bagaimana - ini termasukan lapangan terbang, pelabuhan, jambatan, empangan, sistem bekalan air dan sisa buangan, sistem pengangkutan dan struktur-struktur yang lain.

Soalan Temuduga Jurutera Gred J41 (Awam)

Deskripsi Tugas Jurutera Gred J41 (Awam)

Di Malaysia, seorang Jurutera Gred J41 (Awam) biasanya melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan. Jadi, calon jurutera awam J41 seharusnya dilengkapi dengan ilmu dan kepakaran yang sesuai bagi menguruskan sesuatu projek dengan lebih efektif di dalam suatu persekitaran yang selamat.


Bidang Jurutera Gred J41 (Awam)

Bidang ini terbahagi kepada lima bidang utama, iaitu;

(1) Kejuruteraan Geoteknik
(2) Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalulintas
(3) Kejuruteraan Struktur dan Bahan
(4) Kejuruteraan Alam Sekitar
(5) Kejuruteraan Hidraulik dan Hidrologi


Penempatan Jurutera Gred J41 (Awam)

Ramai yang terkeliru dan beranggapan bahawa panggilan temuduga untuk jawatan Jurutera Gred J41 (Awam) hanya ditempatkan di KKR (Kementerian Kerja Raya). Tidak semestinya, SPA juga mengeluarkan panggilan untuk ambilan di kementerian lain misalnya pada tahun 2014, ambilan dibuat untuk (KKM) Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebeb itu di dalam portal SPA dinyatakan - 'Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan'.


Kumpulan perjawatan & jadual gaji Jurutera Gred J41 (Awam)

Jawatan Jurutera Gred J41 (Awam) dikategorikan sebagai Pengurusan dan Profesional.

Jadual Gaji:

Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,529.00         RM9,643.00            RM225.00


Syarat lantikan Jurutera Gred J41 (Awam)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:    

(a) warganegara Malaysia;    

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
   
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.   


Syarat kelayakan Bahasa Melayu
           
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan    
           

Peningkatan secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41 (Awam)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera J29 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:    

1) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan    

2) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan    

3) had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dokumen yang perlu di bawa semasa temuduga Jurutera Gred J41 (Awam)

Kami tahu, anda sebagai calon sudah menerima emel mahupun SMS daripada SPA berkenaan panggilan temuduga Jurutera Gred J41 (Awam). Tapi, suka kami ingatkan sekali lagi, antara dokumen penting yang perlu di bawa semasa temuduga adalah seperti di bawah.

Salinan (yang disahkan) dan asal;

  • Kad pengenalan & sijil kelahiran
  • Sijil kewarganegaraan (jika berkaitan)
  • Sijil SPM atau SPMV & STPM atau setaraf
  • Sijil membuktikan kelulusan Bahasa Melayu (jika tak pakai SPM/SPMV/STPM)
  • Ijazah dan diploma dan transkrip-transkripnya
  • Surat panggilan temuduga Jurutera Gred J41 (Awam)
  • Lain-lain dokumen (yang difikirkan perlu-untuk sokongan)

Soalan Temuduga Jurutera Gred J41 (Awam)

Sebenarnya amat sukar untuk kami senaraikan apakah soalan temuduga yang bakal diajukan kepada calon-calon Jurutera Gred J41 (Awam). Selain soalan-soalan lazim temuduga, soalan lain amat berkait rapat dengan situasi peribadi calon. Penemuduga akan bertanyakan soalan spesifik berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan lain-lain faktor personal anda.

Misalnya, jika anda calon yang sedang menyambung study di peringkat master dan mempunyai pengalaman kerja, kemungkinan besar calon yang akan diajukan adalah seperti berikut;

Penemuduga : Awak pernah bekerja di Syarikat XYZ. Kenapa berhenti?

Penemuduga : Mengapa awak sambung belajar?

Penemuduga : Adakah gaji di Syarikat lama awak tidak mencukupi?

Penemuduga : Kenapa mahu kerja kerajaan?

Penemuduga : Apa pasal tak sambung ke peringkat PHD? Supervisor awak tak suruh sambungkah? Kan ada tajaan daripada KPM, boleh jadi pensyarah.

Penemuduga : Master awak tentang apa?

Soalan temuduga seterusnya akan berkaitan dengan teknikal  pengurusan sesuatu projek dan lain-lain. Jangan lupa ajukan beberapa soalan kembali kepada panel penemuduga. Apa-apa soalan releven dan yang difikirkan sesuai.

Download eBook 44 faktor kegagalan dalam temuduga kerja

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!