Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29 | Kali ini, kami kongsikan tips dan panduan temuduga kepada calon-calon yang dipanggil ke temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29. Anda dipanggil? Nampaknya memang rezeki anda menemui blog kami. Tahniah.

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Kelayakan memohon jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29

Sebelum tu, apakah kelayakan untuk memohon jawatan ni? Boleh apply sekiranya ada kelayakan mana-mana di antara berikut;

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (principal subjek Matematik atau Sains), atau
  • Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal, atau
  • Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi.

Dan..

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia /  Sijil Vokasional Malaysia.


Soalan lazim temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Pertama - kebiasaannya, kami menasihatkan calon agar membaca, mengambil tahu dan menghafal perkara penting berkenaan isu-isu semasa. Sekarang ni, banyak sangat isu semasa jadi bacalah semua. Ntah isu mana yang akan diajukan kelak.

Kedua - pengetahuan am atau kenegaraan. Kena baca dan ambil tahu la apa yang patut mengenai Malaysia ni. Dasar-dasar, peraturan-peraturan, undang-undang, kempen-kempen dan yang sewaktu dengannya. Sebagai contoh, kalau anda disoal apa itu NBOS? NKRA? KPI? Tak ke ternganga kan?

Baca juga lain-lain soalan lazim temuduga jawatan separa perubatan yang kami sediakan untuk anda. Baiklah, seterusnya, soalan-soalan yang mungkin akan dikemukakan kepada anda..


Soalan Teknikal Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Apa yang kami senaraikan di bawah hanyalah contoh sahaja. Ia sekadar panduan, supaya anda mempunyai idea apakah yang mungkin akan ditanya. Jangan hadkan persediaan anda dan jangan cuba-cuba meneka soalan kerana 'soalan bocor temuduga' memang tidak wujud.

  • Kenapa nak jadi jawatan ni?
  • Apa sumbangan yang awak boleh beri sebagai penolong pegawai Sains?
  • Boleh ceritakan mengenai projek akhir awak?
  • Jelaskan langkah demi langkah untuk gram staining.
  • Apa itu aseptic technique?
  • Tahu apa itu transport medium?
  • Agaknya apa barang-barang yang perlu ada dalam lab?
  • Langkah-langkah untuk cuci tangan ada berapa dan apa dia.
  • Apa pentingnya mencuci tangan?
  • Sila beri contoh lactose fermentation and non-lactose fermention bacteria.



Download eBook 44 faktor kegagalan dalam temuduga kerja



Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Sains Gred C29

Anda sebagai Penolong Pegawai Sains Gred C29 berkewajipan membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti berkaitan perhubungan awam yang bersangkut-paut dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.


Gaji Penolong Pegawai Sains Gred C29

Gaji:
GAJI MINIMUM     GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,505.00          RM5,696.00              RM145.00


Kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29

Bagi anda yang sekarang sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan sebagai Pembantu Makmal Gred C19, peluang naik pangkat sebagai Penolong Pegawai Sains Gred C29 tetap terbuka luas. Apa yang penting, anda memenuhi syarat berikut;

1. Telah disahkan dalam perkhidmatan

2. Memperolehi STPM atau Diploma dalam bidang sains / teknologi makmal / kimia industri / mikrobiologi, atau

3. Lulus Peperiksaan Khas

Dan memenuhi had umur;

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Semoga bermanfaat. Sekian dulu untuk kali ini. Bagi yang lain, yang terlibat dalam temuduga bagi jawatan pembantu akauntan W19, anda boleh baca perkongsian kami sebelum ini mengenai soalan temuduga Pembantu Akauntan Gred W19.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!