[SULIT] Cara Semudah ABC LULUS Exam Online PTD M41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[SULIT] Cara Semudah ABC LULUS Exam Online PTD M41

Mahukah anda lulus exam online PTD M41 tanpa berpenat lelah mencari bahan-bahan untuk dibaca?

Inginkah anda lulus exam online PTD M41 tanpa membuang masa 30-40 jam mencari maklumat di Internet?

Bagaimana lulus exam online PTD M41 tanpa perlu mencari contoh soalan dan jawapan di serata dunia serta terpaksa keluar masuk berpuluh-puluh laman web di Internet?

Siapa tak mahu kan.


Kalau begitu, ngam. Memang anda sampai ke blog yang betul. Anda tidak sesat. Dan kami juga tidak memperdayakan anda. Teruskan bacaan anda..

Fakta: Seramai 1 527 070 (1.52 juta) permohonan diterima. Ini merangkumi semua jenis kumpulan jawatan. Dan daripada jumlah itu, bilangan calon yang hadir ke temuduga adalah seramai 199 660 orang. LULUS temuduga dan seterusnya dilantik hanya 50 756 calon sahaja atau 25.4%. (Laporan SPA, 2010).

Fakta: Menurut statistik, berdasarkan laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, jumlah calon gagal dalam exam dan temuduga ialah 95.89% (tahun 2010), 96.72% (tahun 2011) dan 95.64% (tahun 2012).

Tapi anda harus janji, selepas kami bongkarkan caranya. Anda jangan terkejut atau jangan rasa boring pula, kerana kaedahnya amat mudah. Semudah ABC.


Caranya ialah:

A - fahami format exam online, sediakan puluhan nota padat pelbagai topik, sediakan puluhan contoh soalan Seksyen A, sediakan puluhan contoh soalan Seksyen B, sediakan puluhan contoh jawapan yang berkualiti bagi kedua-dua seksyen tersebut.

B - buat semua yang di atas dan tambah latih tubi yang banyak.

C - buat semua itu awal-awal.


Kan kami dah cakap. Ia semudah ABC..

Memang semudah ABC, cuma masalahnya mana nak cari bahan-bahan yang betul untuk dibaca dan lain-lain barang yang dinyatakan di atas? Setahu kami, rujukan khusus untuk exam online PTD M41 tiada dijual dimana-mana. Tidak di kedai buku. Malah AliBaba dan AliExpress pun tak jual dropship rujukan semacam ini.

Memang susah nak jumpa tu kalau tak tahu mana lubuknya..


Infokerjaya PLT (No. Pendaftaran : LLP0003706-LGN) merupakan syarikat bumiputera pengeluar rujukan-rujukan exam online dan panduan temuduga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mereka merupakan pengeluar rujukan yang terbukti berkualiti kerana sudah berada di pasaran semenjak 2009 dan sudah membantu lebih 80 000 graduan lulus dalam exam-exam online sebelum ini.

Terbaru - Infokerjaya PLT (kami merupakan sebahagian daripadanya) akan mengeluarkan sebuah panduan khas untuk exam PTD yang dinamakan sebagai Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Rujukan ini bukan buku. Tetapi produk digital dalam bentuk eBook (format pdf). Ia dinamakan 'pakej' kerana mengandungi beberapa buah eBook di dalamnya, termasuklah:

Penerangan format - Huraian secara terperinci supaya anda tidak keliru, terkejut, terpinga-pinga dan blurr menjelang exam sebenar.

Contoh soalan - Bersama skema jawapan lengkap setiap seksyen yang terlibat dalam exam online PTD. Siap sedia untuk anda gunakan.

Nota rujukan pantas - Koleksi nota padat merangkumi pelbagai topik yang menambah ilmu pengetahuan anda. Ini bakal jimatkan masa anda meng-google satu dunia!

Latih tubi - Sebagai persediaan untuk anda membiasakan diri sebelum menjalani exam sebenar nanti. Practice makes perfect!

Nota-nota tambahan - Ini akan melengkapkan lagi persiapan anda. Pelbagai nota ringkas yang tentunya tentang selok-belok tugas sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.


Sebelum anda berdiri daripada tempat duduk anda sekarang dan berlari mendapatkan pakej ini, suka kami ingatkan bahawasanya ini - BUKAN SOALAN RAMALAN, BUKAN SOALAN BOCOR dan BUKAN SOALAN SEBENAR exam.

Pakej ini direka khas untuk membantu persediaan anda sebaiknya. Ia menjimatkan 30-40 jam masa anda ke hulu ke hilir mencari contoh soalan, keluar masuk berpuluh-puluh laman web semata-mata mencari secebis maklumat yang tak lengkap. Namun, jangan bergantung sepenuhnya kepada pakej ini. Daya usaha dan kesungguhan anda sendiri amat dituntut untuk melengkapkan persediaan diri ke exam tersebut.

LULUS atau GAGAL - diri anda sendiri yang tentukan.

Itu pilihan anda. Bergantung kepada bagaimana persiapan yang anda buat. Semakin banyak maklumat diperolehi dan semakin banyak persiapan yang anda lakukan, maka semakin tinggilah peluang untuk anda lulus.


Percaya cakap kami, kerana kami di www.BlogTipsKerjaya.com sudah berada di sini semenjak 2011. Sudah 6 tahun melihat jatuh bangun ramai calon. Bahkan kami sudah berkongsi lebih daripada 2000 tips kerjaya secara percuma bagi pelbagai jenis jawatan (termasuk panduan temuduga dan rujukan exam online) bagi gred 19 (sebelum ini dikenali sebagai gred 17), gred 29 (sebelum ini dikenali sebagai gred 27) dan gred 41. Malah, kami sudah ada semenjak era SPA masih lagi menjalankan peperiksaan secara bertulis dahulu.

Awal dahulu, Blog Tips Kerjaya bermula dengan kisah cinta. Iya.. Benar. Sekitar hujung 2010 saya telah berkenalan dengan seorang gadis lepasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam jurusan Oceanography (yang akhirnya menjadi isteri saya sekarang). Dilema yang kami hadapi ialah - lepasan U berlambak di pasaran kerja, manakala peluang pekerjaan yang ditawarkan amat terhad. Persoalan utama : bukan siapa cepat, dia dapat. Tapi siapa gigih mencari, tahu tempat yang betul untuk mencari dan tahu cara yang betul mencari, maka dia akan dapat kerja cepat. Bertitik tolak dari membantu 'awek' tersebut maka lahirlah blog tips kerjaya ini.


Berbalik kepada pakej itu tadi. Jualan pakej masih belum dibuka. Sekarang sudah berada pada peringkat akhir (stage kawalan kualiti dan semakan mutu). Jadi anda masih belum terlambat. Masih sempat lagi. Itu berita baik.

Berita buruk pula, jualan pakej itu adalah terhad. Ada kuota yang pihak Infokerjaya PLT tentukan. Kuota jualan tercapai. Jualan ditutup!

Jadi untuk memastikan anda menjadi antara orang terawal yang tahu apabila jualan dibuka, tinggalkan nama dan emel dalam borang di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda kelak.

Satu lagi berita baik untuk anda. Sementara menantikan jualan pakej dibuka, kami ada sediakan eBook bertajuk '15 contoh soalan Seksyen A Exam Online PTD 2017' untuk anda baca (ada sedikit latihan di dalam kami sediakan). eBook ini bernilai RM25 dan kami beri percuma untuk manfaat anda.

15 Contoh Soalan Seksyen A Exam online PTD 2017

eCover eBook 15 Contoh Soalan Seksyen A Exam online PTD 2017

(eBook setebal 13 m/s dalam format pdf)

Jangan buang masa. Terus saja isi nama, isi emel, dan klik butang 'daftar' di bawah.



Hantar eBook 15 Contoh Soalan Exam Online PTD 2017

Jangan lupa, beri tips-tips exam, nota padat dan lain-lain ya..



Selepas 3-5 minit kemudian, satu emel yang mengandungi link pengesahan pendaftaran akan kami hantarkan. Buka emel dan klik link pengesahan di dalamnya.


Pegang janji kami:

1. Dapat eBook percuma hari ini.
eBook hadiah bertajuk 15 Contoh Soalan Seksyen A Exam online PTD 2017 (bernilai RM25) anda akan dapat hari ini juga (melalui emel yang anda daftarkan). Jadi, anda boleh terus baca, terus buat latihan yang disediakan di dalamnya dan menjadi lebih bersedia daripada calon-calon lain.

2. Anda jadi orang terawal.
Anda akan menjadi kumpulan pertama yang akan dimaklumkan sebaik sahaja jualan rujukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 versi - updated November 2017 dilancarkan nanti. Jika kuota jualan tercapai. Jualan ditutup. Jadi anda boleh elakkan kerugian tersebut.

3. Dapat lebih daripada duit.
Kami berani berikan jaminan, nilai yang anda perolehi lebih daripada jumlah wang yang anda laburkan. Dapat nota, contoh soalan, persiapan menjadi lengkap, hidup lebih indah. Ilmu yang diperolehi daripada rujukan  ini pula akan kekal bersama anda selamanya. Jadi ya, maaf kami tidak dapat berikan diskaun untuk ilmu pengetahuan yang akan anda gunakan sampai bila-bila.

Ada apa-apa lagi yang menakutkan anda?


Kalau sudah tiada, sekarang isi nama, isi emel, dan klik butang 'daftar' di bawah.



Hantar eBook 15 Contoh Soalan Exam Online PTD 2017

Jangan lupa, beri tips-tips exam, nota padat dan lain-lain ya..



Selepas 3-5 minit kemudian, satu emel yang mengandungi link pengesahan pendaftaran akan kami hantarkan. Buka emel dan klik link pengesahan di dalamnya.

Oh.. ya, mengenai eBook 15 Contoh Soalan Seksyen A Exam online PTD 2017 (bernilai RM25) ini, kami ada perancangan untuk menjualnya kemudian nanti. Jadi, baca eBook percuma ini sebelum ia jadi berbayar.

Jumpa anda di sana..

Tapi sebelum berpisah, bolehkah kami minta bantuan anda? Mohon klik butang share di bawah post ini ke Facebook, ke Twitter, ke Google+, ke Instagram atau ke mana-mana saja. Ikut suka anda. Sudah share? Terima kasih banyak. Semoga mendapat balasan yang baik dan moga anda dimurahkan rezeki. Rezeki lulus dalam exam PTD ini misalnya. Siapa tahu?

---

Disclaimer :

Tim BlogTipsKerjaya tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau JPA. Apa yang Tim BlogTipsKerjaya sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan soalan bocor, bukan soalan ramalan juga bukan soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan. Ia masih memerlukan daya usaha yang keras dan kesungguhan calon itu sendiri untuk lulus.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!