Kisah Ali & Ujian Psikometrik - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Kisah Ali & Ujian Psikometrik

Rujukan Ujian Psikometrik

Kalau beli ni boleh lulus kew? Confirm ke soalan latih tubi tu akan keluar?


Bayangkan, niat kita baik.

Tapi disalahertikan.

Tak faham kan. Tidak mengapa. Anda akan faham lepas baca kisah berikut.


Pernah tak dengar kisah Ali (bukan nama sebenar).

Begini ceritanya..

Lama dahulu, Ali seorang murid sekolah rendah. Dia akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Dia berhajat lulus dengan cemerlang. Lalu dia rajin membuat latihan dan menjawab kertas percubaan UPSR. Anda rasa, kertas percubaan itu akan keluar exam? Anda fikir kertas percubaan akan menjamin Ali lulus?

Tahun berganti. Ali mulai menginjak awal remaja. Dia bakal menduduki PT3 pula. Sekali lagi dia berhasrat untuk lulus. Bagus. Dia tercari-cari kertas percubaan PT3 tahun-tahun sudah. Anda jangka, kertas percubaan kali ini akan keluar exam? Anda teka kertas percubaan kali ini akan menjamin Ali lulus?

Masa terus berlalu. Ali sudah remaja. Dia sudah 17 tahun. Kini bala lagi besar memanti. SPM lagi seminggu. Kertas percubaan SPM menjadi buruan. Dia korbankan waktu lepak untuk menjawab kertas-kertas percubaan. Untuk sekali ini, adakah kertas percubaan akan keluar exam? Adakah kertas percubaan ini akan menjamin Ali lulus?

Masa bergulir, Ali sudah di IPT. Sudah di universiti. Syukur. Tapi, kali ini malapetaka bukan lagi datang sekali-sekala macam dulu. Exam semester hampir setiap 6 bulan. Andai gagal, memang siap lah. Kertas exam lepas pula jadi harta yang paling berharga. Ali cari semua kertas exam lepas dan buat. Untuk kali ini, adakah anda rasa soalan kertas exam lepas akan keluar? Adakah soalan kertas exam lepas ini akan menjamin Ali lulus?

Jawapannya - TIDAK.

Tiada jaminan soalan kertas percubaan atau kertas exam lepas akan keluar.

Tiada jaminan Ali akan lulus.

Ia hanya meningkatkan peluang Ali untuk lulus dalam UPSR, PT3, SPM dan Exam Semester sahaja.


Nak dijadikan cerita. Dalam minggu ini, Ali sekali lagi bakal melalui satu ujian penting. Mungkin ujian paling penting dalam hidupnya. Ujian terakhir. Ujian Psikometrik untuk pengambilan Pembantu Awam Gred H11. Kalau lepas ujian ni, Ali sudah boleh menarik nafas lega. Ali sekali lagi tercari-cari latih tubi ujian psikometrik. Cuba teka, adakah anda rasa soalan latih tubi ujian psikometrik ini akan keluar exam? Adakah rujukan ujian psikometrik ini akan menjamin Ali lulus?

Jawapannya - TIDAK.

Tiada jaminan ia akan keluar.

Tiada jaminan anda akan lulus.

Ia hanya meningkatkan peluang anda untuk lulus ujian psikometrik sahaja.

Ia hanya meninggikan peluang anda untuk dilantik ke jawatan Pembantu Awam Gred H11.


Jadi bila ada yang whatsapp saya dan bertanya "Kalau beli ni boleh lulus kew?"

Saya tak tahu perlu ketawa atau menangis.


Tolong jangan whatsapp saya dan membuang masa berharga anda cuma bertanya harga.

Harga sekarang RM40 (Pakej Basic) & RM60 (Pakej Upgrade). Harga ini akan dinaikkan tidak lama lagi.


Juga tolong jangan whatsapp saya dan membuang waktu berharga anda sekadar mahu bertanya "confirm ke soalan latih tubi tu akan keluar?"
Jawapannya "Der.. Mana ko belajar benda camtu? Sedangkan soalan ramalan UPSR pun tak kuar dalam exam sebiji-sebiji der."


Jadi jika anda benar-benar mahu meningkatkan peluang untuk lulus ujian psikometrik kali ini, jangan banyak fikir. Klik dan terus buat pembelian melalui link berikut:



Dan hanya whatsapp saya, jika anda sudah betul-betul bulat hati mahu membelinya sahaja.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!