3 Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan

3 Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan

3 Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan


Berikut adalah 3 tips asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan tidak lama lagi:

1. Pakaian, personaliti dan penampilan

Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang penjawat awam yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan.

Manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga kerja kerajaan, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tugas dan peranan

Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya,


Pada pandangan anda, apakah tugas-tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia Perubatan seperti yang anda pohon sekarang?

Atau..

Sebagai seorang Jurutera Awam Gred J41, apakah yang anda boleh sumbangkan ke arah meningkatkan daya saing sektor awam?

Perkara terakhir yang anda tidak ingin berlaku adalah gagal menjawab contoh soalan seperti di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerja dengan kerajaan. Kami suka mengesyorkan kepada anda panduan mantap untuk persediaan ke temuduga kerajaan ini.

3. Kaji struktur dan organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) dan juga lain-lain jawatan dalam sektor awam.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!