Resume Kerja Yang PASTI Memikat Bakal Majikan!

Resume Kerja Yang PASTI Memikat Bakal Majikan!

Percayakah anda, untuk mencari pekerjaan, resume adalah perkara kedua yang paling penting selepas keputusan cemerlang anda ?

Bertahun lamanya anda bertungkus-lumus memperbaiki keputusan anda semasa belajar. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dan hampir dibuang tetapi anda berjaya habiskan juga pengajian anda.

Ada yang lain pula memang cemerlang sedari awal masuk institusi sehinggalah tamat pengajian.

Tapi itu tidak penting. Anda cemerlang atau tidak, semasa memerlukan pekerjaan, skill menulis resume kerja inilah yang perlu anda tumpukan kerana bukan semua daripada anda yang cemerlang mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan.

Jangan lupa : untuk selalu buat kemaskini & semakan SPA8i anda.

Dan anda tidak perlu terkejut jika ada graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada penulisan resume dan skill menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.

Satu contoh - menyanyi. Kami percaya ramai di antara anda yang boleh menyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda menyanyi dengan nada dan rentak yang betul.

Ada yang bersuara tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian not dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar.

Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – saya jamin tiada sesiapa pun yang mahu mendengarnya!

Begitu juga dengan penulisan resume. Penulisan resume kerja tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume kerja yang mendatar. Tiada yang menarik, tiada irama dan sumbang.

Dalam erti kata lain ia adalah resume anda sama sahaja dengan lain-lain resume kerja yang dihantar oleh calon-calon yang menjadi pesaing.

Sebagai majikan, perkara itu membuatkan perasaan muak dan jemu muncul. Majikan bukannya terpaksa melihat resume anda seorang tetapi banyak lagi resume lain!

Sematkan ini dalam ingatan:

Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk memastikan bakal majikan tertarik dan ingin mengambil anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian memerlukan teknik penulisan yang betul untuk MEMIKAT bakal majikan.

Apakah yang dimaksudkan dengan resume kerja ‘memikat’ itu pula?


Pastikan keseluruhan isi kandungan resume kerja anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Sehinggakan majikan boleh jatuh hati pada pertama kali memandang sepintas lalu resume anda dan tidak sabar untuk memanggil anda ke temuduga.

Seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda. Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar.

Pendek kata, apa sahaja yang majikan mahu, ada dinyatakan dengan jelas dan dinyanyikan dengan merdu dalam resume kerja anda.

Sebagai permulaan, baca perkongsian lepas kami mengenai contoh resume - cara menulis resume yang power.

Cuba fikirkan..

Anda meletakkan pertaruhan diri ke dalam sehelai kertas, sudah sewajarnya anda menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda dengan sebaik yang anda mampu.

Tambahkan elemen-elemen memikat di dalam resume kerja anda. Dengan ini, kebarangkalian majikan menolak resume anda adalah rendah.

Inilah sasaran UTAMA anda sebenarnya - untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya!

Setelah bakal majikan berjaya diyakinkan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui orangnya dengan lebih lanjut.

Di sinilah timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume adalah perkara pertama yang perlu ditonjolkan.

Kajian tentang kemahuan syarikat / jabatan / kementerian

Jadi, lakukanlah kajian tentang kemahuan syarikat yang anda mohon kerja itu terlebih dahulu. Kemudian penuhi kemahuannya melalui resume kerja anda.

Inilah yang anda perlu tekankan jika anda ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan anda menulis resume kerja dengan skil yang diasah anda mampu lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.

Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu 'rahsianya'. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume kerja anda.

Kami yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan.

Mencari rahsia memang memenatkan. Lagipun tiada orang yang akan mendedahkan rahsia yang hebat dan cukup berguna kepada semua orang dengan sukarela melainkan anda membeli 'kepakaran' dan 'rahsia' mereka.

Inilah salah satu kegunaan wang yang amat bagus. Ia boleh membeli perkara yang sulit dan tidak akan didedahkan dengan percuma.

Jika anda mahu menggunakan kuasa wang anda itu, kakmi akan bocorkan satu rahsia (untuk anda yang sanggup sahaja).

Sebenarnya terdapat satu panduan Rahsian & Contoh Resume Kerja. Cuba lihat dahulu adakah ia menepati keperluan anda.


Resume Kerja - resume terbaik


P/s: Kalau anda memang sedang mencari kerja. Mahu atau tidak, panduan ini akan menjadi satu kemestian. Kerana 70% majikan di Malaysia mewajibkan pemohon menghantarkan resume kerja terlebih dahulu sebelum mereka memanggil temuduga senarai calon yang layak!

Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!