Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan

contoh soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29

Contoh Soalan Peperiksaan Online (PSEE) & Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan ; Masih tercari-cari rujukan untuk menduduki temuduga & exam online Juruteknologi Makmal Perubatan U29? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Pengenalan kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan

Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan atau Medical Laboratory Technologist (MLT) memberi fokus terhadap kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya.

Selain itu bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan juga membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.

Kerjaya seorang Juruteknologi Makmal Perubtan adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi anda yang mempunyai minat mendalam terhadap teknologi sains gunaan.

Di negara luar, kerjaya ini juga kadang-kadang dipanggil Saintis Bioperubatan / Saintis perubatan / Saintis Makmal Perubatan.

Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan

Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) sebenarnya agak luas, ianya diamalkan di hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai jabatan perubatan dan kesihatan seperti:
  • Jabatan Patologi.
  • Jabatan Imunohematoogi (Perkhidmatan Penabungan dan Pemindahan Darah).
  • Institusi Penyelidikan.
  • Universiti-universiti.
  • Institutsi-institusi Perubatan/Kesihatan Kerajaan dan Swasta.
  • Makmal-makmal Patologi Swasta.

Kelayakan lantikan Juruteknologi Makmal Perubatan U29

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



Tangga gaji skim perkhidmatan Juruteknologi Makmal Perubatan :

  1. U29 : RM1,311.58 - RM3,599.85
  2. U32 : RM2,214.00 - RM4,286.71
  3. U36 : RM3,454.82 - RM5,289.31
  4. U38 : RM4,270.08 - RM5,781.14
  5. U40 : RM5,022.09 - RM6,600.72

Elaun / Imbuhan Tetap :

  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
  • Imbuhan Tetap Perumahan RM180
  • Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300

Skop kerja Juruteknologi Makmal Perubatan U29

Antara lain bidang tugas seorang Juruteknologi Makmal Perubatan dari segi penyelidikan dan pentadbiran adlaah:


1. Penyelidikan
  1. Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
  2. Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
  3. Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
2. Pentadbiran
  1. Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
  2. Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
  3. Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
  4. Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian. 
  5. Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
  6. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.

Latihan separa perubatan (Juruteknologi Makmal Perubatan U29)

Sebelum anda layak dilantik ke skim perkhidmatan ini, terlebih dahulu anda kena menjalani latihan separa perubatan (Juruteknologi Makmal Perubatan U29) di Institut-institut latihan KKM berikut :

1. Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur.

2. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching, Sarawak. atau

3. Lain-lain tempat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Elaun Juruteknologi Makmal Perubatan U29

Sepanjang pengajian anda, berikut adalah kadar biasiswa dan kadar elaun yang akan diterima :
  • Biasiswa  - RM835.57 sebulan
  • Elaun Buku - RM250.00 setahun
  • Elaun Perkakas - RM25.00 sepanjang tempoh latihan
  • Elaun Kertas Projek - RM90.00 setahun
  • Elaun Jahitan Pakaian Seragam - RM45.00 sepasang

Tempoh latihan separa perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan U29

Anda akan berada di Institut ini selama 3 tahun dan perlu melepasi 6 semester yang getir!

Subjek-subjek yangakan anda pelajar ialah :

• Kimia
• Imunologi
• Statistik & Matematik
• Mikrobiologi Perubatan
• Hematologi
• Patologi Anatomi
• Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
• Biologi Manusia
• Biokimia
• Patologi Kimia
• Parasitologi Perubatan
• Imunohematologi
• Sitologi
• Instrumentasi

Setelah tamat latihan dan lulus peperiksaan yang diwajibkan, anda akan dianugerahkan Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan dilantik sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).

Alamat dan nombor dihubungi

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

UNIT LATIHAN PRA PERKHIDMATAN,
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 6, N0.26, PERSIARAN PERDANA,
PRESINT 3, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62675 PUTRAJAYA.

TEL : 03-8885 0600 . FAKS : 03-8885 0747/48

Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan

  1. Sila duduk. Boleh terangkan sedikit tentang diri anda,latar belakang pendidikan.
  2. Ada pengalaman kerja?
  3. Terangkan sedikit tentang nilai integriti?
  4. Daripada kesemua bidang yang ditawarkan ini,yang manakah paling awak minati? Kenapa?
  5. Nampaknya awak memang begitu berminat tentang bidang ini. Baiklah cuba terangkan kepada saya skop kerja seorang JTMP?
  6. Boleh anda terangkan sedikit tentang darah A?
  7. Jika begitu,golongan darah jenis apakah yang boleh menderma kepada darah jenis A?
  8. mengapakah golongan lain tidak dapat menderma darah kepada darah jenis O?
  9. Baiklah. Siapakah menteri kesihatan kita?
  10. Apakah contoh penyakit yang berjangkit?
  11. Jika penyakit tersebut boleh berjangkit,bagaimanakah kita boleh mendapat minimakan risiko?
Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan di atas untuk rujukan sahaja. Tidak dijamin anda akan dapat soalan yang sama. Tapi nasihat kami, cuba sediakan jawapan kepada soalan-soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan ini sebagai 'payung' sebelum hujan pada hari kejadian.

Untuk 'payung' yang lebih besar dan lebih kalis rindu, eh.. kalis air boleh rujuk di bawah.

Anda dipanggil ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29?

Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Anda patut dan mesti miliki panduan menduduki temuduga separa perubatan di bawah untuk kemudahan anda. Antara lain kandungannya adalah contoh-contoh soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29.

contoh soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29


Panduan ini amat sesuai dimanfaatkan calon-calon temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29 dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan separa perubatan ambilan kerajaan yang dipohon.

Dapatkan secepatnya kerana ia sebuah pakej lengkap yang mengandungi banyak topik mustahak untuk seorang calon temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan. Seperti apakah soalan lazim separa perubatan yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Atau anda dipanggil ke peperiksaan ONLINE Juruteknologi Makmal Perubatan U29?


SPA sudah mengeluarkan panggilan peperiksaan.

Tarikh peperiksaan online separa perubatan (termasuk calon JTMP) ialah pada 4 Oktober 2019.

Buat semakan semula melalui pautan di bawah untuk memastikan anda sememangnya dipanggil atau tidak.


Topik ulangkaji exam online JTMP


Antara topik yang patut anda ulangkaji sebelum menduduki exam ini ialah :

– Parasitologi (Kaji Parasit)

– Mikrobiologi (Kaji Kuman)

– Histopatologi (Kaji Tisu)

– Sitologi (Kaji Sel)

– Hematologi (Kaji Darah)

– Biochemistry (Patologi Kimia)

– Imunohematologi / Blood Bank (Tabung Darah)

Contoh soalan peperiksaan online Juruteknologi Makmal Perubatan


1. Antara berikut, manakah kaedah pemindahan sampel ke makmal yang betul?

i. Sampel di dalam plastik biohazard
ii. Sampel di dalam botol
iii. Samel di dalam kotak
iv. Sampel di dalam ais

A. 1, ii dan iii
B. i dan ii
C. i dan iii
D. i dan iv


2. Ujian diagnostik melibatkan tisu atau cecair badan pesakit termasuk

A. urin, najis, kahak dan darah
B. kencing dan muntah
C. Peluh dan luka
D. sampel DNA


3. Antara jenis-jenis ujian yang memerlukan sampel darah ialah

A. ujian fungsi hepar, ujian fungsi renal, ujian bilirubin (penyakit kuning)
B. ujian fungsi hati, ujian kecergasan dan ujian pengiraan sel putih.
C. ujian fungsi buah pinggang, ujian fungsi kelenjar, ujian penyakit kencing tikus
D. ujian fungsi saraf, ujian fungsi otak, ujian kepekaan mata


4. Kenapa Sesetengah sampel perlu dijalankan dengan menggunakan kebuk wasap?

A. kerana keadaan sampel mungkin boleh membebaskan bau.
B. kerana keadaan sampel mungkin boleh membebaskan virus atau kuman.
C. kerana keadaan sampel mungkin boleh menyebabkan pencemaran.
D. kerana keadaan sampel mungkin boleh menyebabkan pengsan atau pitam.


5. Untuk pesakit yang memerlukan pemindahan darah, Juruteknlogi Makmal Perubatan bertanggungjawab sepenuhnya untuk

A. Menjalankan ujian tahap kolesterol terhadap penderma dan penerima.
B. Menjalankan ujian diagnoisis tahap tekanan darah penderma dan pesakit.
C. Menjalankan ujian keserasian darah antara darah penderma dan darah pesakit.
D. Menjalankan ujian hepar bagi keselamatan penerima.

Rujukan peperiksaan online Separa Perubatan (JTMP)


Bagi anda, yang dipanggil ke exam online separa perubatan, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Kami amat mencadangkan anda untuk mendapatkan rujukan menduduki peperiksaan separa perubatan di bawah untuk kemudahan anda:

contoh soalan peperiksaan online Juruteknologi Makmal Perubatan U29



Selamat menjalani peperiksaan online (PSEE) atau menduduki temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29 daripada kami dan semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

1 comment:

  1. PROMOSI MENARIK BAGI KEMASUKKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI DALAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN DI UNIVERSITI SELANGOR UNISEL
    LANCARKAN IMPIAN......
    MENJADI MAHASISWA & MAHASISWI UNISEL

    PROMOSI MENARIK KURSUS DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI FAKULTI BIOPERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UNISEL:

    1. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

    2. DIPLOMA FISIOTERAPI

    3. DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN

    4. DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

    5. DIPLOMA KEJURURAWATAN

    6. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKMAL
    PERUBATAN (HONS)

    7. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKMAL
    PERUBATAN (HONS) (BAGI YANG TELAH BEKERJA)

    8. IJAZAH SARJANA MUDA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (HONS)

    (DIATAS PERMINTAAN RAMAI PROMOSI PERMOHONAN PENDAFTARAN UNISEL UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) BAGI PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA TELAH DIBUKA SEKARANG.

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI UNISEL SILA MESEJ SMS @ WHATSAPP @ WECHAT KEPADA EN AM 0176842836 (UNISEL, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN DAN EMAIL) BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN TAHUN ASAS DI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL).

    (HARI PENDAFTARAN) -TARIKH PENDAFTARAN

    TARIKH : (SILA WHATSAPP @ SMS EN AM UNTUK MAKLUMAT LANJUT)
    HARI : (SILA WHATSAPP @ SMS EN AM UNTUK MAKLUMAT LANJUT)
    MASA : (SILA WHATSAPP @ SMS EN AM UNTUK MAKLUMAT LANJUT)

    SILA HUBUNGI EN AM 017 6842 836 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Boleh juga untuk SMS ATAU WhatsApp dan WeChat kat 017 68 42 836 UNTUK MAKLUMAT LANJUT. Sesiapa yang sudah isi online dan dapat surat tawaran UNISEL Tetapi mahu untuk menukar kursus yang lain di UNISEL DIMINTA untuk mesej SMS @ WHATSAPP @ WECHAT bagi kursus yang diambil, sama ada bagi kursus dalam program diploma atau sarjana muda atau tahun asas kepada EN AM, TEL :017-6842 836 (UNISEL TUKAR, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN DAN EMAIL) untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan penukaran kursus dan pendaftaran. Sesiapa yang layak boleh tukar kursus. (Bergantung kepada terma dan syarat oleh pihak UNISEL)


    MENGAPA UNISEL MENJADI PILIHAN?

    *Jumlah tenaga akademik bertaraf Profesor , Profesor Madya dan berkelulusan Ph.D antara tertinggi di IPTS
    *Kemudahan infrastruktur terkini di Kampus Shah Alam dan kampus utama dengan keluasan 1000 Ekar di Bestari Jaya
    *Persekitaran pembelajaran yang holistik
    *Melahirkan tenaga profesional yang berakhlak dan bermoral tinggi
    *Menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada yang layak
    *Terbuka kepada pelajar pelbagai aliran termasuk pelajar kelulusan SPM(A) / STPM/ STAM/DIPLOMA
    *Yuran pendaftaran dan pengajian yang berpatutan
    *Universiti milik penuh Negeri Selangor

    UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI: NAMA : EN AM TEL : 017-6842 836 Email: [email protected]

    Sesiapa yang sudah isi online dan dapat surat tawaran UNISEL DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej EN AM 0176842836 (UNISEL, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN EMAIL DAN KURSUS YANG DIAMBIL) sama ada diploma atau sarjana muda @ tahun asas kepada EN AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian dan pendaftaran. Anda juga boleh menghubungi EN AM, TEL : 017-6842 836 Sila isi borang segera secara online di website

    http://apply.unisel.edu.my/ (KLIK LINK INI UNTUK DAFTAR ONLINE)
    http://unisel.edu.my/ (KLIK LINK INI UNTUK DAFTAR ONLINE)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!