Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41

Contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41; Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Permohonan jawatan kosong Pegawai Sains C41

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Sains Biologi Molekul C41 secara rasmi di sektor awam. Pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Kita tidak mahu anda tergesa-gesa. Jika mengetahui lebih awal maka lebih mudahlah untuk menyediakan diri untuk menghadapi sesi temuduga ini nanti.

Sekiranya anda dipanggil ke exam online, sila baca tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

Sedikit pengenalan jawatan ini daripada kami, jadi sedikit sebanyak anda punya idea jawatan apa yang sedang anda pohon ini sebenarnya:

Semakan penjadualan temuduga Pegawai Sains C41

Adakah anda dipanggil temuduga jawatan Pegawai Sains Gred C41?

Untuk ambilan di Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim.

Buat semakan nama dan lokasi temuduga di bawah :


*Jangan lupa, tarikh Temu Duga: 30 Oktober 2019 - 07 November 2019.

Deskripsi tugas Pegawai Sains C41

Berikut adalah senarai tugas seorang Pegawai Sains C41 :

" Bertanggungjawab dalam pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan dalam skop perolehan. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar tahun akhir berjalan dengan lancar. Mengurus pengoperasian kerja lapangan kakitangan bawah seliaan mengikut  prosedur. Memastikan pengurusan kawalan kualiti dilaksanakan. Merancang pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi. "


" Merancang dan mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia. "



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



Syarat lantikan dan kelayakan Pegawai Sains Gred C41

Anda hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih; dan

Memiliki ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Syarat peningkatan secara lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains C29, Juruteknologi Makmal Perubatan U29, Penolong Pegawai Perubatan U29, Juruterapi Pergigian U29 dan Juruteknologi Pergigian U29 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan:

a) mempunyai kelayakan di perenggan atas; dan

b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jadual gaji Pegawai Sains Gred C41

Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Sains C41;

Gaji minimum - RM2,317.00
Gaji maksimum - RM9,620.00
KGT - RM225.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan lain yang seorang Pegawai Sains layak terima.

Pecahan bidang

Pecahan bidang seorang Pegawai Sains berdasarkan kementerian adalah seperti berikut :

Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. Mikrobiologi - bidang Mikrobiologi
  2. Kimia Hayat - bidang Biokimia
  3. Genetik - Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  4. Embriologi - Biologi, Genetik
  5. Forensik - Sains Forensik
  6. Fizik - Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  7. Biomedikal - Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  8. Kaji Serangga - Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  9. Pemakanan - Sains Pemakanan / Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi


  1. Biologi / Kaji Hayat,
  2. Bioteknologi,
  3. Kimia,
  4. Sains pertanian,
  5. Perikanan,
  6. Mikrobiologi,
  7. Oseanografi,
  8. Sains Marin.
Walaupun tidak dapat dipastikan secara tepat dimanakah akan ditugaskan selepas lulus temuduga ini, tetapi kemungkinan agak besar untuk soalan berkaitan dua kementerian utama dan satu jabatan di bawah ini akan keluar.
Memandangkan temuduga pada 1 Oktober 2019 - 31 Oktober 2019 ini adalah untuk Jabatan Kimia jadi, kami fikir soalan temuduga pasti akan berkisar terhadap kementerian tenaga dan jabatan kimia ini.

Sila godek-godek portal rasmi keduanya dan hafal sebanyak mana yang anda boleh. Kompem kuar. Trust me!

Contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 (jenis umum)

1. Apakah tugas Pegawai Sains C41?

2. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia?

3. Namakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi?

4. Siapa pula timbalan beliau?

5. Nyatakan agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian ini?

6. Apakah Jabatan yang terkandung di dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi?

7. Sebutkan moto, visi dan warna rasmi jabatan ini?

8. Nyatakan dasar-dasar menerusi Kementerian Sains.

Contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 (jenis teknikal)

  • Apakah ayat-ayat al-quran yang berkaitan dengan sains ?

  • Berikan 3 daripada 13 perkara berjadual dalam perlembagaan Malaysia.

  • Please introduce your self.

  • Habis tu, kenapa awak nak kerja kat Jabatan Kimia?

  • Cuba awak terangkan , beza HPLC dan GCMS.

  • Apa beza normal phase dan reverse phase chromatography?

  • Apakah jenis sample yang boleh dianalisis oleh FTIR?

  • We are from the same Ministry, and you know about LPTA. What do you think about LPTA?

  • Do you know about LINAS?

  • Why do you think they have that kind (negative) thought about atom?

  • How should we do to encounter that negative thought?

  • As an employee, we should find reasons why we should choose you?

  • How we can convince our Minister to give more budget for enforcement?

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41 ini hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak semestinya anda akan dapat soalan yang sama. Tapi bagus juga anda sediakan jawapan awal-awal sebagi 'payung' pada hari kejadian.

Untuk 'payung' yang lebih besar dan lebih kalis hujan, boleh dapatkan rujukan di bawah.

Peringatan awal

Awal-awal kami ingatkan, temuduga ini bukan seperti temuduga biasa yang lain. Iaitu jenis relax atau jenis santai. Ini temuduga jenis 'ragging interview'.

Siapkan emosi dan mental anda awal-awal. Jangan sampai terkedu atau tension semasa temuduga.

Dan.. satu lagi. perbaiki kebolehan berbahasa Inggeris anda!

Selain itu, persediakan juga diri dengan skop-skop berikut:

- Kelayakan, kemahiran dan pengalaman anda.

- Dapatkan info berkaitan dari portal kementerian berkaitan kesihatan. dan sains.

- Kemaskini pengetahuan anda berkenaan isu semasa berkenaan kesihatan, bidang sains, penemuan terkini, Agensi Angkasa, Jabatan Kimia, Agensi Nuklear, Jabatan Standard dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom.

Calon dipanggil temuduga ramai, camna nak survive?

Realitinya, penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang dan lebih baik keputusannya.

Dalam mana-mana temuduga kerajaan - tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK).

Penilaian oleh panel penemuduga terarah lebih kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling penting kesesuaian untuk jawatan berkenaan. Hal-hal ini pula perlu diketahui dengan jelas setiap satu.

Ia tidak dapat dilakonkan secara spontan kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan.

Jadi temuduga bukanlah semata-mata berkaitan kelayakan akademik!

Sila jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik. Ia kurang memainkan peranan yang penting.

Sebab itulah, anda amat-amat patut memperkemaskan diri dengan mendapatkan segera rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Sains C41


P/s: Tunang (sekarang da jadi isteri) admin Blog Tips Kerjaya juga akan menghadiri temuduga ini. Semoga berjaya kepadanya dan semua calon yang menduduki! :)



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner


3 comments:

  1. tunang admin? boleh tahu dulu belajar kat universiti mana?

    ReplyDelete
  2. saya baru menghadiri temuduga ni..btw,utk peg sains (fizik) adlh under kmntrian kesihatan msia.and jabatan yg dibawahnya adlh jbtn radiologi, jbtn onkologi & radioterapi, jbtn perubatan nuklear dan unit kejuruteraan (JKN)..sila la baca tugas peg fizik di jbtn2 tersebut.

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak apply utk jawatan ni?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!