Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W19

contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19

Contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19; Masih tercari-cari rujukan temuduga Pembantu Akauntan W19? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Akauntan W19

Sekiranya ingin memohon jawatan Pembantu Akauntan W19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Pembantu Akauntan W19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Untuk info, sebelum ini gred asal Pembantu Akauntan adalah W17 tetapi kini telah dinaikkan kepada W19 (sudah tentu ia turut bersama kenaikan gaji juga). Alhamdulillah.

Sebelum kita ke panduan temuduga, berikut adalah imbasan syarat dan kelayakan, jadual gaji dan tugas-tugas bagi jawatan Pembantu Akauntan W19.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Anda hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih pada tarikh iklan; dan

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jadual gaji Pembantu Akauntan Gred W19

Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Akauntan;

Gaji minimum - RM1,353.00
Gaji maksimum - RM4,005.00
KGT - RM100.00

Di samping elaun-elaun dan imbuhan lain yang layak diterima.

Tugas Pembantu Akauntan W19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Akauntan W19 di Pelbagai Kementerian / Jabatan Kerajaan di Malaysia.

Secara am, bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.

Selain itu, seorang Pembantu Akauntan juga bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Panduan Temuduga Pembantu Akauntan W19

Tahniah kerana menemui blog ini. Itu bermakna anda adalah calon temuduga Pembantu Akauntan W19 yang dipanggil.

Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang sentiasa menerbitkan kekosongan jawatan terkini dari seluruh negara di samping sering berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan ini.

Jangan lupa untuk selalu kemaskini dan semak permohonan SPA8i anda.

Oleh itu, kami cadangkan kepada anda agar mendaftarkan emel di ruangan yang disediakan supaya anda tidak terlepas walau satu pun update terbaru daripada kami.

Lagi pun, proses mendaftarkan emel itu cukup ringkas sekali, tidak sampai 1 minit pun!

Statistik pengambilan jawatan Pembantu Akauntan W19

Anda tentu akan terkejut melihat fakta ini: daripada sejumlah 579 calon yang dipanggil temuduga oleh pihak SPA pada kali ini, mereka hanya mengambil 2 orang sahaja untuk dilantik ke jawatan sebagai Pembantu Akauntan W19! Sementara 50 orang lagi akan dijadikan sebagai calon simpanan.

Menggusarkan bukan? Tapi anda memang bertuah terpanggil kerana ada lagi seramai 22 157 calon lain yang juga memohon untuk jawatan Pembantu Akauntan W19 ini tetapi tidak langsung dipanggil pun ke temuduga.

Bacaan tambahan : elakkan 44 sebab gagal dalam temuduga.

Jadi gunakanlah peluang yang diberikan ini sebaiknya. Manfaatkan setiap peluang dan ruang yang ada. Jangan sia-siakan.

Dengan itu di dalam minda, ikutilah tips & soalan temuduga Pembantu Akauntan W19 yang kami kongsikan kali ini. Moga ada kebaikannya..



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




Lima (5) panduan temuduga Pembantu Akauntan W19:

#1. Jangan pilih lokasi bertugas.

Sekiranya lulus di dalam temuduga ini, anda akan ditempatkan di mana-mana jabatan kerajaan yang memerlukan.

Jadi memang tidak boleh memilih tempat yang anda suka. Elakkan sama sekali menyuarakan tentang lokasi kerja yang anda suka.

Jika ditanya penemuduga, beritahu saja 'saya sanggup bertugas dimana-mana sahaja yang diarahkan'.


#2. Antara lain tugas sebagai Pembantu Akauntan W19 adalah berkaitan dengan tugas-tugas kewangan.

Ini menandakan anda seharusnya tahu serba sedikit perihal pengurusan kewangan.

Jadi pelajari sedikit apa itu modal, harta modal, aset tunai, hutang tertanggung, hutang terakru dan lain-lain.

#3. Selain itu, anda juga perlu menguruskan hal-hal perakaunan.

Kami cadangkan anda membaca subjek 'Prinsip Akaun'. Buku subjek SPM ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran.

Ini agak mustahak. Tidaklah patut seorang Pembantu Akauntan W19 langsung tidak tahu menahu mengenai dunia perakaunan.

#4. Ketahui juga selok belok Jabatan Akauntan Negara.

Ini merupakan jabatan yang berkait rapat dengan tugas anda sebagai seorang Pembantu Akauntan W19.

Cukup elok jika tahu misi, visi, berita-berita terkini dunia perakaunan, maklumat korporat dan sebagainya.

#5. Pengetahuan tentang cara menghadapi sesi temuduga dengan betul juga amat perlu.

Walaupun dilengkapi pengetahuan yang 'up-to-date' tentang dunia kewangan dan perakaunan, tetapi jika sahsiah diri, perlakuan, personaliti dalaman dan pemakaian tidak sesuai sebagai seorang Pembantu Akauntan W19 tidak boleh juga.

Adakah anda dipanggil exam? Kalau begitu, cuba baca tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

Faktor individu itu sendiri juga merupakan penyumbang terbesar kepada pemilihan seseorang di dalam sesi temuduga. Jadi berhati-hati tentang ini.

Oleh itu, kami cadangkan anda membaca panduan lengkap menduduki temuduga ini sebagai pelengkap persediaan anda.

Contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19

Contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan di bawah kami kumpulkan daripada beberapa sumber.
  1. Sila kenalkan diri awak.
  2. Baru kahwin ni. Boleh tinggal jauh kalau dihantar ke pedalaman?
  3. Terangkan mengenai cara memproses tuntutan bayaran pembekal.
  4. Tahu cara menguruskan pemprosesan LPO?
  5. Apa beza tuntutan perjalanan dan tuntutan pelbagai?
  6. Jelaskan pada saya tentang terimaan.
  7. Berikan contoh aktiviti bayaran yang kamu tahu.
  8. Jadi Pembantu akauntan ni memang kena keja di ANM ka?
  9. Apa pendapat awak tentang perkhidmatan ANM? Huraikan.

Bukan setakat akademik

Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai lagi calon lain pada hari temuduga yang lebih baik keputusannya.

Dalam mana-mana temuduga SPA : tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK).

Titik penilaian oleh panel penemuduga biasanya terarah kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling penting - kesesuaian anda untuk jawatan berkenaan.

Titik-titik ini pula perlu diketahui dengan jelas satu persatu. Ia tidak berjaya dilakonkan secara spontan. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan.

Jadi temuduga bukan setakat kelayakan akademik!

Sila jangan terlalu bergantung harap pada kelayakan akademik anda. Ia memainkan peranan yang agak kecil sahaja dan tidak menjamin apa-apa.

Sebab itulah, anda amat patut memperkemaskan diri dengan memiliki rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga di bawah.

Contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19


Dapatkan rujukan ini hari ini juga.

InsyaAllah sekiranya anda lakukan apa yang dibincangkan di atas dan lebih lagi (kalau rajin), itu bermakna anda sudah jauh lebih bersedia berbanding ramai calon yang lain.

Selamat menghadapi temuduga daripada kami. Semoga berjaya!



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

13 comments:

  1. Salam
    Alhamdulillah, sy terpilih utk temuduga 24/7. skrg sdg berkhidmat di sektor kerajaan as N1, saya nak tingkatkan gred jawatan. i'll try my best!! thanks for the info (pttla unit kewangan di jbtn kpt skrg pun kekurangan org)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda.. u dr jbtn mana? Sy pn dpt temuduga utk jwtn ni.. tp sessi sy pd 23/7...

      Delete
    2. Salam.. alhamdullillah... Sy pn dpt gk temuduga utk jwtn ni pd 23/7 ni... Skrg tga bkhidmat dlm sektor kerajaan gk..,sy akan cuba buat yg terbaik...

      Delete
  2. salam...saya pula temuduga nya pada 5/7 ni doakn saya saya akan share nati ye ...

    ReplyDelete
  3. saya pn dapat juga temuduga 19/7 utk jwtan w17 ni..skrg tgah keje swasta,nak sgt keje dgn kerajaan..mudah2an dpt bt yg terbaik dalam temuduga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ..kat putrajaya.good luck
      ^.^

      Delete
    2. lambat pulak nk tgu keputusan w17 ni..

      Delete
  4. alhamdulillah.. sy dpt pggilan utk temuduga bg jwtan w17.. hope this is my luck.. tq for the tips..

    ReplyDelete
  5. yup...esok..saya akan hadiri tmuduga jwtn w17..Doakan saya ya! Ameen..

    ReplyDelete
  6. salam, kita pat temuduga penolong akauntan w27.14 sept ni.
    belum ag wt preparation. hihi.
    baru nk searching pe yg patot siap sedia.
    amin, da lulus exam btulis jwtn w27 ni.
    senang juga. nta cmnu la interbiew nnti.
    wish a luck to me :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. camne ngan temuduga haritue.. kita 24/9 ney.. saya doakan awak berjaya.. boley kongsi tips?? terima kasih awak..

      Delete
  7. if kena panggil interview di negeri atau daerah tertera dalam surat panggilan temuduga, adakah penempatan berdasarkan tempat temuduga dibuat?

    ReplyDelete
  8. saya mau tanya, adakah tempat temuduga dibuat adalah penempatan sekiranya dilantik ?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!